B. Sanjef Dinesh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
B. Sanjef Dinesh
Maklumat peribadi
Nama penuh Sanjef Dinesh R.S. Baskeran
Tempat lahir Pulau Pinang, Malaysia
Ketinggian 179 cm (5 ka 10 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
DRB-Hicom
Kerjaya remaja
2013 Piala Presiden Pulau Pinang
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014 Harimau Muda C
2015- DRB-Hicom
Pasukan kebangsaan
2014- Malaysia B-19
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Sanjef Dinesh a/l R.S. Baskeran (lahir 23 Januari 1996) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai pertahanan untuk DRB-Hicom dalam Liga Perdana Malaysia.

Karier[sunting | sunting sumber]

Karier awal[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2012, Sanjef Dinesh dan S. Kumaahran telah dijemput untuk berlatih bersama kelab Brazil, Cruzeiro Esporte Clube selama dua bulan di Belo Horizonte.[1] Sanjef Dinesh merupakan pelajar SMK Tinggi Bukit Mertajam dan bermain untuk pasukan bola sepak sekolahnya. Dia dipilih untuk mewakili pasukan bawah 18 Pulau Pinang ketika Kejohanan Bola Sepak MSSM 2013.[2] Sanjef Dinesh memulakan kariernya dengan menyertai pasukan Piala Presiden Pulau Pinang pada musim 2013. Dia kemudiannya diserapkan ke pasukan Harimau Muda C pada tahun 2014.

DRB-Hicom[sunting | sunting sumber]

Sanjef Dinesh menyertai kelab Liga Perdana Malaysia, DRB-Hicom sebelum bermula musim 2015.[3]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sanjef Dinesh dinamakan dalam skuad Malaysia bawah 19 untuk Kejohanan Bola Sepak Remaja Beijing-Hyundai 2014.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Two Penang teenagers will undergo training with Brazilian club". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-12.
  2. ^ "Senarai Peserta Pasukan : PULAU PINANG". MSSSM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04.
  3. ^ "KL DRB HICOM FC (2015)". ligabolasepakmalaysia.blogspot.com.
  4. ^ "Kejohanan Bolasepak Jemputan Antarabangsa Beijing Hyundai 2014". malaysiafootball-dimos.blogspot.com.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Profil B. Sanjef Dinesh Diarkibkan 2014-07-15 di Wayback Machine di ifball