BA-3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
BA-3
Jenis Kereta berperisai
Asal Flag of the Soviet Union Kesatuan Republik Sosialis Soviet
Spesifikasi
Berat 6 tan
Panjang 4.65 m
Lebar 2.10 m
Tinggi 2.20 m
Krew 4

Perisai 15 mm
Senjata
utama
Meriam 20-K 45 mm
Senjata
kedua
2×7.65 DT
Enjin GAZ-A petrol 4-lejang
40 hp (30 kW)
Kuasa/berat 7 hp/tan
Sistem
ampaian
beroda
Jarak
operasi
260 km
Kelajuan 63 km/j

BA-3 (Broneavtomobil 3) ialah kereta berperisai tentera yang dibangunkan oleh Kesatuan Soviet pada awal 1930-an. Menara kecil 45 mm adalah sama dengan kereta kebal ringan T-26 dan BT-5. Ia dibina berasaskan kerangka GAZ-AAA. Kerangka 6×4 ini merupakan pengubahsuaian lori Ford Model AA 4×2. Kerangka ini menghadkan pergerakan kepada tanah keras sahaja. Pergerakan boleh dipertingkatkan sedikit dengan memasang tayar berantai pada dua roda belakang, menjadikan kereta ini boleh ditukar kepada separuh-berantai.

BA-3 menyerupai dengan BA-6 berikutnya; kecuali BA-3 memiliki pintu di sebelah kanan belakang yang tiada bagi BA-6. Kedua kereta digantikan dengan BA-10 berikutnya. Kesemua kereta dalam siri ini kelihatan bersenjata amat berat berbanding kereta pada era tersebut; ia mampu memusnahkan semua kenderaan peninjau lain dengan mudah. Tetapi, perisai nipisnya menjadikan ia mudah dimusnahk dengan tembakan mesingan berat dan meriam belaras kecil.

BA-3 digunakan dalam pertempuran menentang Jepun dalam Pertempuran Khalkhyn Gol, dalam Perang Musim Sejuk Finland, dalam Perang Saudara Sepanyol dan pada fasa awal pertempuran di Perbatasan Timur menentang Jerman. (Ironik, Tentera Jerman menggunakan beberapa kenderaan enam tayar berperisai dibina Sepanyol yang menyerupai salinan siri BA-3/6.) Lewat perang kemudian, BA-3 digantikan dalam peranan kenderaan peninjau berat Tentera Merah, dengan kereta kebal ringal seperti T-60 dan T-70.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Zaloga, Steven J., James Grandsen (1984). Soviet Tanks and Combat Vehicles of World War Two, London: Arms and Armour Press. ISBN 0-85368-606-8.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]