BERNAMA TV
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| Jenis | Televisyen bersatelit swasta |
|---|---|
| Negara | |
| Ketersediaan | Kebangsaan |
| Pemilik | Bernama |
| Laman web | www.bernama.com.my |
BERNAMA TV merupakan satu saluran berita Malaysia milik Bernama yang beroperasi selama 24 jam bagi perkhidmatan satelit rangkaian Astro. Saluran ini disiarkan pada saluran 502 (Family Package) Astro. BERNAMA TV menawarkan berita yang berunsurkan berita terkini, bisnes, gaya hidup, sukan, dan hiburan(termasuk muzik, filem, fesyen, makanan, rumahtangga, dan kesihatan). BERNAMA TV menggunapakai slogan "Right & Now" (Baru & Benar).BERNAMA TV telahpun dilancarkan pada 28 Februari 2008.
Buletin berita BERNAMA yang terdapat pada saluran Astro Ria, Astro Prima, Astro AEC, dan Astro Vaanavil telah dialihkan ke dalam saluran BERNAMA TV.
Kandungan berita BERNAMA TV sebahagian besarnya berteraskan Bahasa Malaysia . Sungguhpun demikian, terdapat juga berita yang berbahasa Inggeris, Mandarin, dan Tamil selaras dengan penjenamaan Berita@BERNAMA, News@BERNAMA, Xin Wen@BERNAMA, dan Seithigal@BERNAMA. Lain-lain rancangan yang terdapat di BERNAMA TV adalah Biz@Bernama dan juga Helo Malaysia, sebuah rancangan bual bicara oleh pengacara Sherkawi Jirim.

