BM-27 Uragan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
BM-27 di Muzium Artileri St Petersburg
BM-27 Uragan MLRS.jpg

BM-27 Uragan (Bahasa Rusia: Ураган, 'taufan'; indeks GRAU 9P140) ialah sebuah sistem pelancar roket berganda terdorong diri yang direka di Kesatuan Soviet. Perkhidmatannya bermula dengan Tentera Darat Soviet pada tahun 1970-an. Sistem ini mampu melancarkan roket 220 mm dari 16 tiub pelancaran dipasang pada bahagian belakang sebuah casis 8x8 ZIL-135.

Kenderaan ini adalah amat serupa dengan yang digunakan dalam sistem roket penerbangan bebas FROG-7. Dengan berat 20 tan, ia mempunyai 2 enjin petrol yang mendorongnya kepada kelajuan maksimum 65 kilometer sejam. Satu enjin mendorong 4 roda di sebelah kiri lori manakala enjin lain mendorong 4 roda di sebelah kanan. ZIL-135 mempunyai pacuan 8 roda, tetapi hanya gandar depan dan belakang digunakan untuk stereng. Ia mempunyai jarak perjalanan maksimum 500 kilometer.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]