BWF Grand Prix Gold dan Grand Prix
Kejohanan BWF Grand Prix Gold dan Grand Prix merupakan kejohanan badminton tahap ketiga dan baru telah diarahkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Ia diadakan di dua belas negara (termasuk tujuh kejohanan terbuka masing-masing) pada musim ini. Kejohanan ini juga menampilkan kejohanan benua seperti Kejohanan Badminton Asia, Kejohanan Badminton Eropah, dan Kejohanan Badminton Seluruh Amerika.
Isi kandungan |
Rumusan [sunting]
Perbezaan dengan Super Series [sunting]
Kejohanan ini mengikut format BWF Super Series. Ia tiada pemisahan kewarganegaraan, jadi pemain daripada negara yang sama dapat bertemu sesama sendiri pada pusingan awal.
Disebabkan, piawaian kejohanan ini lebih rendah berbanding BWF Super Series, wang hadiahnya juga lebih rendah. Secara terkini, hadiah wang tunai minimum bagi kejohanan Grand Prix Gold ialah US$120,000, dan US$50,000 untuk kejohanan Grand Prix. Pengagihan wang tunai ialah serupa.[1]
32 pemain/pasangan akan beraksi pada pusingan utama, kecuali bagi kategori perseorangan lelaki, yang mana penganjur membenarkan 64 pemain dibenarkan beraksi (32 pemain dijemput dari Super Series).[2]
Mata Ranking dunia [sunting]
Ia tidak mempunyai kejohanan akhir seperti Super Series, tetapi pemain dapat membaiki mata Ranking Dunia masing-maisng dan mempunyai peluang beraksi pada kejohanan Super Series. Berikut merupakan mata Ranking Dunia yang baru diperkenalkan pada 2007.[3]
| Klasifikasi | ||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | 2 | 3–4 | 5–8 | 9–16 | 17–32 | 33–64 | 65–128 | 129–256 | 257–512 | 513–1024 |
| Grand Prix Gold | ||||||||||
| 7,000 | 5,950 | 4,900 | 3,850 | 2,720 | 1,670 | 660 | 320 | 130 | 60 | 30 |
| Grand Prix | ||||||||||
| 5,000 | 4,250 | 3,500 | 2,750 | 1,920 | 1,170 | 460 | 220 | 90 | 40 | 25 |
Kejohanan [sunting]
|
|
|
Rujukan [sunting]
- ↑ "Peraturan Kejohanan Grand Prix". http://www.internationalbadminton.org/PDF%20-%20Regulations/243%20GRAND%20PRIX%20REGULATIONS.pdf. Capaian 29 Jun.
- ↑ "Terbuka Thailand 2007 (Grand Prix Gold) - General information". http://www.internationalbadminton.org/Grand_prix_gold/thailand/index.html. Capaian 29 Jun.
- ↑ "NEW WR POINTS - 2007". http://www.internationalbadminton.org/NEWWRPoints.pdf. Capaian 2007-06-29.