Babi Bodoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Babi Bodoh
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrata
Kelas: Mamalia
Order: Artiodactyla
Famili: Suidae
Genus: ''Sus''
Spesies: S. barbatus
Binomial: Sus barbatus
[[{{{Ksubspesies}}}]]

Sus barbatus oi
Sus barbatus barbatus


Babi Bodoh atau Jakut (bahasa Inggeris: Bornean Bearded Pig) merupakan sejenis spesies babi. Ia boleh dikenali melalui janggutnya yang jelas. Ia juga kadang-kala memiliki rambu/ jambul pada bahagian ekor. Nama sainsnya Sus barbatus.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Babi Bodoh Ia kebanyakannya dijumpai di Asia TenggaraSumatera, Borneo, timur Filipina—di mana ia mendiami hutan hujan dan kawasan berpaya bakau.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Babi Bodoh adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Mamalia. Dalam aturan : Artiodactyla, tergolong dalam keluarga :Suidae. Babi Bodoh adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

Babi Bodoh tinggal berkumpulan dalam kumpulan keluarga. Jantung Babi Bodoh terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.


Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sebagai mamalia, Babi Bodoh berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Babi Bodoh akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

Babi Bodoh mampu membiak dari usia 18 bulan dan boleh membiak silang dengan spesies lain dalam famili zoologi Suidae. Terdapat 25 ahli spesies ini di zoo Amerika.

Pengekalan[sunting | sunting sumber]

Babi Bodoh merupakan haiwan yang dilindungi and memerlukan lesen pemburuan.[1]

Subspesies[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua subspesies bagi babi ini:[2]

  • Sus barbatus barbatus
  • Babi Bodoh Barat (Sus barbatus oi)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. AKTA PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR 1972 ( Akta 76 )
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan msw3 tidak disediakan



Senarai mamalia
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z