Bad Latiff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bat Latiff
Kelahiran
Mohd Ali bin Abdul Latiff

(1951-06-10)10 Jun 1951
Meninggal dunia3 Mei 2005(2005-05-03) (umur 53)
Sebab kematianMenderita pelbagai penyakit kronik
WarganegaraSingapura
PekerjaanPelakon, penari
Tahun aktif1959–2005
Ibu bapaAbdul Latiff
Mariam Baharum
SaudaraSaadiah (ibu saudara)
Rahimah Rahim (adik seibu)

Bad Latiff[1] (10 Jun 1951 – 3 Mei 2005) ialah seorang pelakon kanak-kanak Singapura yang terkenal pada era 1960an semasa zaman kegemilangan filem-filem Melayu.

Kehidupan awal dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bad Latiff atau Mohd. Ali bin Abdul Latiff yang merupakan anak pasangan Abdul Latiff dan Mariam Baharom, dilahirkan di Singapura pada 10 Jun 1953. Sewaktu kanak-kanak, Bat agak nakal dan berani. Disebabkan oleh kenakalan beliau itu, A. R. Tompel menggelar beliau, Jebat. Akhirnya, beliau dipanggil Jebat oleh banyak orang. Daripada Jebat disingkatkan kepada Bat. [2]

Sejak kecil, Bat Latiff sering berulang-alik ke Studio Malay Film Productions - MFP. Ibu beliau, Mariam Baharom merupakan seorang pelakon di MFP.[3] Ibu saudara beliau, Allahyarhamah Saadiah Baharum juga merupakan seorang pelakon terkenal di MFP. Hampir setiap hari selepas sekolah, Bat Latiff menemani Saadiah ke studio. Bat menjadi pembawa beg solek ibu saudara beliau itu.

Pada suatu hari, pada tahun 1959, pengarah filem, Jamil Sulong bertanya pada Bat Latiff, "Nak berlakon tak". Bad Latiff menganggukkan kepada beliau sambil berkata, "Ya". Oleh demikian, Bat Latiff menjalani uji bakat yang dikendalikan oleh Jamil Sulong, dan lulus. Bat Latiff dipilih untuk berlakon dalam filem, Batu Belah Batu Bertangkup pada tahun 1959 yang merupakan filem pertama yang diarahkan oleh Jamil Sulong.

Bat Latiff memegang peranan sebagai Pekan sewaktu kecil. Peranan Pekan sewaktu dewasa dibawa oleh Aziz Jaafar. Pelakon lain yang turut menjayakan filem tersebut ialah Zaiton, Salleh Kamil, dan Neng Yatimah. Setelah Jamil Sulong, P. Ramlee pula membuka peluang berlakon kepada Bat Latiff. P. Ramlee menampilkan Bad Latiff dalam filem komedi, Nujum Pak Belalang pada tahun 1959.

Dalam filem tersebut, Bat Latiff memegang watak anak Pak Belalang. Sementara watak Pak Belalang dilakonkan oleh P. Ramlee sendiri.[4] Filem itu juga dilakonkan oleh Hashimah Yon, Ahmad Nisfu, Habsah Buang, M. Zain, M. Rafiee manakala S. Shamsudin dan Aziz Sattar muncul sebagai pelakon undangan. Pada awal tahun 1960 pengarah filem Jamil Sulong sekali lagi memberikan peluang berlakon kepada Bat Latiff. Bat Latiff ditampilkan dalam filem, Lela Manja. Bariskan pelakon lain dalam filem tersebut antaranya termaksudkan Ahmad Mahmud, Jins Shamsuddin, Zaiton, Rosnani Jamil, dan Haji Mahadi.

Watak sedih yang dibawa oleh Bat Latiff dalam Lela Manja sungguh berkesan. Oleh hal itu, Bat Latiff dipilih sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-5 pada tahun 1960. Bat Latiff sekali lagi membuat kejutan dalam Festival Filem Asia Pasifik ke-7 pada tahun 1962 apabila beliau dipilih sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik melalui lakonan yang cemerlang dalam filem, Gerhana yang diarahkan oleh Jamil Sulong.

Bat Latiff pernah berlakon di bawah arahan Omar Rojik melalui filem Singapura Dilanggar Todak yang turut dibintangi oleh Aziz Jaafar, Hashimah Yon, Kuswadinata, Haji Mahadi, dan M. Zain. Bat Latiff tidak berlakon lagi selepas itu kerana menumpukan perhatian pada persekolahan. Beliau menyambung persekolahan sehingga ke peringkat 0 Level I Toa Pavoh Secondary School, Singapura.

Pada tahun 1972, Bad Latiff membuat penampilan terakhir beliau dalam filem melalui filem, Satu Titik Di Garisan yang diarahkan oleh M. Amin. Filem yang diterbitkan oleh Cathay-Keris Film Productions itu dilakonkan oleh Aziz Jaafar dan Dayang Sofia. Bat Latiff mengikuti jejak kebanyakan bintang dan penggiat filem Singapura berhijrah ke Malaysia. Sekitar tahun 1980-an, Bat Latiff membina kehidupan baharu di Kuala Lumpur.

Kerjaya seterusnya dan kematian[sunting | sunting sumber]

Di Kuala Lumpur , Bad tidak lagi terlibat dalam bidang lakonan filem. Beliau melibatkan diri dalam bidang tarian, penari-penari Bat Latiff. Kumpulan tersebut aktif dalam pertunjukan pentas selain menjadi penari latar untuk rancangan hiburan televisyen, khususnya di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Pada 3 Mei 2005, Bat Latiff menghembuskan nafas terakhir di rumah beliau di Taman Melawati, Selangor, pada usia 53 tahun bersendirian. Bat menderita pelbagai penyakit kronik yang tidak diketahui oleh sesiapun. [5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1959 Batu Belah Batu Bertangkup Pekan (kecil) Filem pertama
Musang Berjanggut Tun Nila Utama (kecil)
Nujum Pak Belalang Belalang
1960 Lela Manja Manja (kecil)
1961 Singapura Dilanggar Todak Hang Nadim
Sri Tanjung
Si Tanggang Tanggang (kecil)
1962 Gerhana Ahmad
Lubalang Daik Lubalang (kecil)
1963 Korban
1965 Kaseh Ibu Hassan
Bidasari Shaharom (kecil)
1966 Aksi Kuching Penari
1973 Satu Titik Di Garisan Kamil Filem terakhir

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1990 Bapak TV3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biografi Bad Latiff IMDb.
  2. ^ "M.H. Ali bin H.A. Latiff (Bad Latiff)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-06. Dicapai pada 2015-03-08.
  3. ^ Pemergian Bat Latif mengejutkan kawan-kawan!
  4. ^ "Pemergian Bat Latif mengejutkan kawan-kawan!". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2015-03-08.
  5. ^ Bat Latiff meninggal dunia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]