Bad Piggies

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bad Piggies
Ikon aplikasi.
PembangunRovio Entertainment
PenerbitRovio Entertainment
PengeluarPetri Järvilehto, Mikael Hed, Jaakko Haapasalo
PerekaMarkus Tuppurainen (ketua perekabentuk), Peter Urbanics
Pengatur caraMarco Rapino (ketua pengaturcara), Miika Virpioja, Mauricio Hollando, Jussi Markkanen
KomposerIlmari Hakkola
SiriAngry Birds
EnjinUnity 3D
PlatformiOS, Android, Windows, Mac OS X[1]
Pelepasan27 September 2012[2]
GenreTeka-teki
ModPemain tunggal Sunting ini di Wikidata

Bad Piggies (harfiah: Khinzir Jahat) perupakan sejenis permainan video teka-teki yang dibangunkan oleh pembangun permainan komputer Finland Rovio Entertainment, sebagai judul sampingan bagi siri Angry Birds. Permainan tersebut dilancarkan untuk iOS, Android, Windows dan Mac pada 27 September 2012. Versi Windows Phone dan Windows 8 akan menyusul kemudian. Tidak seperti permainan terdahulu dalam siri tersebut, dalam judul ini pemain mengawal khinzir-khinzir tersebut, membina peralatan yang boleh melalui daratan dan udara untuk mencari serpihan peta lokasi telur Angry Birds.[3][4] Setakat 7 Oktober 2012, Bad Piggies merupakan permainan yang paling pantas dijual di App Store,[2] serta yang terpantas untuk mencapai kedudukan teratas, dalam masa hanya tiga jam.[5]

Gaya permainan[sunting | sunting sumber]

Objektif permainan ialah untuk membina sebuah jentera yang berupaya mengangkut khinzir dari titik permulaan sehingga ke garisan penamat, biasanya ditandakan pada peta. Jentera tersebut diperbuat daripada kayu dan besi (serupa seperti dalam Angry Birds), di samping objek lain seperti roda, botol soda, payung (untuk meningkatkan rintangan udara), motor, kipas, TNT, dan belon.[6]

Permainan ini terdiri daripada empat tema:

  • Ground Hog Day (Hari Khinzir Tanah)
  • When Pigs Fly (Apabila Khinzir Terbang)
  • Flight in the Night (Penerbangan Malam)
  • Sandbox (Permainan kotak pasir)

Sebagaimana Angry Birds, pemain boleh mencapai sehingga tiga bintang bagi setiap aras, tetapi bintang tidak diperolehi dengan mengumpul mata. Sebaliknya, pemain akan mendapat satu bintang secara automatik apabila berjaya menamatkan aras tersebut.[7] Bagi setiap aras, dua lagi bintang boleh diperoleh melalui:

  • Menamatkan aras tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan
  • Mengumpul "bintang" dalam medan permainan
  • Tidak menggunakan bahagian tertentu (contoh: roda)
  • Tidak merosakkan jentera
  • Mengangkut Raja Khinzir ke destinasi akhir
  • Mengangkut telur

Contohnya, pada aras level 1-1, pemain boleh mengumpul tiga bintang dengan menamatkan aras tersebut, mengumpul sebutir bintang dalam medan permainan, serta tidak merosakkan jentera. Pada sesetengah aras, adalah mustahil untuk mengumpul ketiga-tiga bintang sekaligus, maka pemain mesti bermain sekali lagi atau lebih untuk memperoleh tiga bintang.

Sebagai tambahan, "tengkorak" turut ditempatkan sepanjang aras permainan, di mana pemain boleh membuka aras tersembunyi dengan mencari 10 daripada 20 tengkorak.

Tengkorak, tidak seperti Telur Emas, adalah mudah dilihat dengan membesarkan skala kamera, tetapi secara harfiahnya boleh jadi mustahil untuk membuatkan khinzir-khinzir tersebut mendapatkannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Rovio to launch Bad Piggies on September 27!". Rovio.
  2. ^ a b Cai, Catherine. "Rovio's Bad Piggies is Fastest Selling #1 Game on App Store". Tom's Hardware. Dicapai pada October 2012. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  3. ^ "After 'Angry Birds' success, Rovio to launch 'Bad Piggies'". The Australian. September 5, 2012. Dicapai pada 10 September 2012. |first= missing |last= (bantuan)
  4. ^ Bad piggies review http://www.guardian.co.uk/technology/appsblog/2012/sep/26/bad-piggies-angry-birds-review?newsfeed=true
  5. ^ Mallory, Jordan. "Bad Piggies is Rovio's quickest selling #1 game, free content update coming soon". Joystiq. Dicapai pada October 2012. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  6. ^ "Bad Piggies App Review". FlashMush Reviews. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-13. Dicapai pada 2012-11-24.
  7. ^ "Bad Piggies Available For Universal Platforms". Downloadbirds.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]