Badak sumbu Kerbau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Badak Kerbau)
Lompat ke: pandu arah, cari
Badak sumbu Kerbau
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Mamalia
Order: Perissodactyla
Famili: Rhinocerotidae
Genus: Dicerorhinus
Spesies: D. sumatrenesis
Binomial: Dicerorhinus sumatrenesis


Badak sumbu Kerbau atau juga dikenali sebagai Badak Sumbu Sumatera (bahasa Inggeris: Sumatran Rhinoceros) ialah spesies badak yang terkecil saiznya di dunia serta merupakan salah satu haiwan yang terlindung. Ia terdapat dari kaki gunung Himalaya sehingga ke Myanmar, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Nama sainsnya Dicerorhinus sumatrenesis.[1], [2]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Rauhohr-Nashorn-drawing.jpg

Berat seekor badak sumbu kerbau dewasa adalah antara 530 kilogram hingga 750 kilogram. Ketinggian bahunya ialah 1.2 meter. Kulitnya kasar, tebal, berlipat-lipat dan berwarna kekelabuan. Ketebalan kulitnya antara 5 milimeter hingga 14 milimeter. Berbeza dengan badak-badak lain, badak kerbau mempunyai dua sumbu.

Badak sumbu kerbau ialah haiwan mamalia yang biasanya hidup sendirian dalam habitat yang lembap dan teduh. Haiwan herbivor ini makan pucuk dan daun-daun muda pokok tertentu. Ia sering berkubang untuk menyejukkan badan, menghalang lalat pikat menghisap darahnya serta mengelakkan jangkitan penyakit kulit. Tetapi sekiranya badak kerbau ini terlalu lama terdedah di bawah cahaya matahari, kulitnya akan menipis.

Pengekalan[sunting | sunting sumber]

Penerokaan hutan telah memusnahkan habitat badak sumbu kerbau dan menghalangnya kembali ke tempat pasangannya untuk mengawan. Hal ini menjejaskan pembiakan badak sumbu kerbau. Selain itu, badak sumbu kerbau juga menjadi mangsa pemburu haram yang membunuh untuk mendapatkan sumbunya. Sumbu badak ini telah dikatakan boleh dijadikan ubat untuk menambahkan tenaga dan menyejukkan badan.

Dianggarkan kurang daripada 300 ekor badak kerbau masih kekal pada hari ini (2005), kebanyakannya dalam hutan kelompok kecil di Indonesia dan Malaysia. Sekitar 70 ekor hidup liar di hutan Semenanjung Malaysia, kebanyakannya di Taman Negara Malaysia.

Menyedari ancaman terhadap spesies badak ini, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Malaysia telah membuka sebuah pusat pemeliharaan badak sumbu Kerbau di Hulu Selangor, Selangor sejak tahun 1984. Di sini, haiwan ini dipelihara di dalam kandang yang menyerupai habitat asalnya. Ada juga yang dilepaskan dalam kawasan seluas 10 hektar untuk tujuan pembiakan.

Badak sumbu Kerbau telah diisytiharkan sebagai salah satu daripada 12 haiwan yang paling diancam kepupusan di dunia oleh "Punca Keluaran dan Alam Pemuliharaan Antarabangsa" (International Conservation of Nature and Natural Resources). Dalam "Persidangan Pakar Badak Asia 1987" (The Asian Rhino Specialist Group Conference), subspesies Harrisoni (Dicerorhinus sumatrensis harrissoni) yang hanya terdapat di Borneo telah dianggapi sebagai subspesies yang paling terancam. Dianggarkan hanya terdapat 30 hingga 50 ekor badak subspesies ini di pantai timur Sabah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]