Badan Peguam Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
frames

Badan Peguam Malaysia atau Majlis Peguam Malaysia ialah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Ordinan Peguam Bela dan Peguam Cara 1947 (kemudian dimansuhkan digantikan oleh Akta Profesion Undang-undang 1976). Tujuan badan ini adalah untuk mendukung kedaulatan undang-undang dan perjuangan keadilan serta untuk melindungi kepentingan profesion undang-undang dan kepentingan orang ramai.

Profesion undang-undang Malaysia mempunyai lebih kurang 12,000 ahli dan keahliannya sedang bertambah sebanyak 10-15% setahun. Setiap peguam bela dan peguam cara adalah ahli Badan Peguam Malaysia secara automatik asalkan mereka memegang perakuan amalan yang sah.

Struktur organisasi[sunting | sunting sumber]

Wisma Majlis Peguam dalam Kuala Lumpur.

Badan Peguam Malaysia terdiri daripada tiga enam (36) ahli yang dipilih setiap tahun untuk menguruskan urusan-urusan dan melaksanakan fungsi-fungsi badan ini:

  • Presiden
  • Naib Presiden
  • bekas Presiden yang terkini
  • Pengerusi bagi setiap sebelas (11) Jawatankuasa Peguam Negeri
  • seorang wakil daripada setiap sebelas (11) Jawatankuasa Peguam Negeri
  • dua belas (12) ahli yang dipilih dari seluruh Semenanjung Malaysia melalui pengundian pos.

Ahli-ahli jawatankuasa Badan Peguam Malaysia yang terdiri daripada Presiden, Naib Presiden, Setiausaha dan Bendahari dipilih setiap tahun oleh Badan Peguam dalam mesyuarat pertama yang secara tradisi diadakan sebaik saja Mesyuarat Agung Tahunan bertamat. Ahli-ahli jawatankuasa adalah pengamal undang-undang penuh masa dan pelantikan-pelantikan kehormat ini adalah tertakluk kepada pemilihan semula setiap tahun. Kecuali jawatan Bendahari yang tidak diperuntukkan dalam Akta, setiap ahli jawatankuasa tidak boleh memegang jawatannya melebihi dua tahun berturut-turut. Ahli-ahli jawatankuasa memegang jawatan ketika dipilih oleh mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Agung Tahunan bertamat sehingga Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikut. Mereka berkhidmat secara sambilan dan sukarela kerana Akta Profesion Undang-undang melarang sebarang pembayaran yuran atau gaji.

Untuk memastikan keberkesanan dan kecekapan pengurusan tentang urusan-urusan Badan Peguam Malaysia, badan peguam ini menugaskan kuasa dan fungsi-fungsi Jawatankuasa dari semasa ke semasa kepada jawatankuasa-jawatankuasa negeri di seluruh Malaysia atau kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang dilantik dalam Badan Peguam sendiri. Bagaimanapun jawatankuasa peguam negeri dan jawatankuasa Majlis Peguam adalah tidak bebas dan tidak mempunyai kuasa di bawah Akta untuk mengemukakan sebarang pendapat bagi pihak Badan Peguam Malaysia.

Senarai presiden Badan Peguam Malaysia[sunting | sunting sumber]

Badan Peguam Malaya (1947-1963)[sunting | sunting sumber]

  • 1947-1952: E. D. Shearn
  • 1953-1960: R. Ramani
  • 1960-1961: Morris Edgar
  • 1961-1963: R. Ramani

Badan Peguam Malaysia[sunting | sunting sumber]

  • 1963-1964: S. M. Yong
  • 1964-1973: R. R. Chelliah
  • 1973-1974: Chan Hua Eng
  • 1974-1976: V. C. George
  • 1976-1978: Raja Aziz Addruse
  • 1978-1980: Abdullah A. Rahman
  • 1980-1982: G. T. S. Sidhu
  • 1982-1984: S. Sivasubaramaniam
  • 1984-1986: Ronald Khoo
  • 1986-1988: Param Cumaraswamy
  • 1988-1989: Raja Aziz Addruse
  • 1989-1991: S. Theivanthiran
  • 1991-1992: Manjeet Singh Dhillon
  • 1992-1993: Raja Aziz Addruse
  • 1993-1995: Zainur Zakaria
  • 1995-1997: Hendon Haji Abdullah
  • 1997-1999: Cyrus V. Das
  • 1999-2000: R. R. Chelvarajah
  • 2000-2001: Haji Sulaiman Abdullah
  • 2001-2003: Mah Weng Kwai
  • 2003-2005: Kuthubul Zaman Bukhari
  • 2005-2007: Yeo Yang Poh
  • 2007-2009: Ambiga Sreenevasan
  • 2009-terkini: Ragunath Kesavan

Kejadian[sunting | sunting sumber]

Perarakan membantah Akta Pertubuhan[sunting | sunting sumber]

Pada 1978 Majlis Peguam mengadakan perarakan kerana membantah Akta Pertubuhan 1978 di mana semua persatuan mestilah berdaftar dan diselia dan dipantau sehingga menjejaskan hak asasi manusia.

Kes Zainur Zakaria[sunting | sunting sumber]

Pada 1999 Majlis Peguam telah mengadakan perarakan secara aman sebagai tanda sokongan kepada peguam Zainur Zakaria yang menghadapi tuduhan menghina mahkamah berkaitan kes Anwar Ibrahim.

Klip video peguam[sunting | sunting sumber]

Pada 27 September 2007 seramai 1500 anggota Badan Peguam telah berarak panjang dari bangunan Istana Keadilan ke Dataran Putra, Putrajaya bagi mengemukakan memorandum mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya kehakiman untuk membuat pemilihan dan pelantikan hakim-hakim dengan lebih bebas dan telus. Perarakan itu diketuai oleh Presiden Badan Peguam, Ambiga Sreenevasan dan dinamakan "walk of justice". Perarakan dalam hujan lebat itu dipantau oleh polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Turut serta ialah naib presiden Badan Peguam Ragunath Kesavan dan setiausaha majlis itu Lim Chee Wee serta peguam terkenal Malik Imtiaz Sawar, Tommy Thomas, N. Sivanathan dan Sivarasa Rasiah. Mereka berarak berjalan kaki sejauh 3.5 km selama 45 minit secara aman, tanpa kekacauan.

Mereka menyerahkan dua memorandum kepada setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Wan Farid Wan Salleh. Dua memorandum itu ialah:

Krisis dalam bidang kehakiman mungkin terjadi apabila parti pembangkang mengambil kesempatan. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon selaku Ketua Menteri Pulau Pinang bimbang integriti peguam yang tercalar ini akan menjejaskan kepercayaan para pelabur ke Malaysia.

Kerajaan Malaysia telah bersetuju menyiasat kesahihan rakaman video tahun tersebut. Panel bebas tiga anggota diketuai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohd Noor, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar dan aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye ditugaskan untuk menyiasat. Surat pelantikan daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak diserahkan secara rasmi pada hari tersebut kerana Perdana Menteri berada di PBB. Abdullah Ahmad Badawi selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia mestilah mengarahkan polis menyiasat secepat mungkin.[1] Siasatan panel ini mampu memastikan sistem kehakiman di negara ini berintegriti.

Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin membidas Majlis Peguam tidak profesional kerana mengutip rakaman video daripada blog internet yang kebenarannya diragui dan rakaman sebelah pihak .[2]

Pada 3 Oktober 2007, Peguam Negara Malaysia Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Pengarah BPR Datuk Ahmad Said Hamdan dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah memberi pelbagai maklumat berkaitan di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Menara Tun Razak, Kuala Lumpur. Laporan siasatan dijangka selesai sebulan (3 November 2007).

Perarakan Hak Asasi Manusia[sunting | sunting sumber]

Badan Peguam pada mulanya merancang perarakan hak asasi manusia sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia pada 10 Disember 2007 yang bertema "Kepercayaan Saya: Kebebasan Bersuara Menerusi Muzik, Budaya dan Kesedaran". Tetapi kemudian dibatalkan kerana terpaksa memohon permit daripada polis. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menjelaskan bahawa setiap perhimpunan mestilah mendapat permit sebagaimana tuntutan Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan tidak dapat menerima syarat polis ini kerana syarat itu jelas mencabul hak berhimpun secara aman. Dato Mohamad Nazri Aziz mencadangkan Majlis Peguam membawa kes itu mahkamah untuk menentukan tafsiran Perkara 10(2) dan Akta Polis yang berkaitan dengan perhimpunan. Dalam hal ini Majlis Peguam dan pembangkang 'senada' sahaja.[3]

Pada 9 Disember 2007, Edmund Bon yang merupakan Pengerusi Biro Hak Asasi Manusia Badan Peguam telah ditahan polis kerana menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan kain rentang di hadapan bangunan Majlis Peguam .

8 orang peguam lain telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) Jalan Pudu pada 9 Disember 2007 jam 8.30 pagi. Mereka ialah N. Surendran, Latheefa Koya, Eric Paulsen, R Sivarasa, Amer Hamzah, Anthony Andu, Norazah Othman serta seorang aktivis lain ditahan kerana hadir dalam sambutan Hari Hak Asasi Manusia di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur. Bangunan Majlis Peguam terletak berhampiran Pasar Seni, Kuala Lumpur.Timbalan Ketua Polis IPK Dang Wangi, Superintendan Che Ismail Che Hamzah tidak mahu sebarang insiden tidak diingini akan berulang.

Forum Memeluk Islam[sunting | sunting sumber]

Badan Peguam Malaysia mengadakan Forum Memeluk Islam pada 9 Ogos 2008.

Tinjauan mengenai penggunaan kalimah Allah[sunting | sunting sumber]

Majlis Peguam telah melakukan tinjauan penggunaan kalimah Allah di laman webnya, yang menyebabkan Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar berkata bahawa tindakan begitu merupakan provokasi terhadap keputusan kerajaan terutama Majlis Raja-Raja yang telah mewartakan penggunaan kalimah Allah di seluruh negara (kecuali empat negeri) seolah-olah mencabar kedaulatan raja dan Perlembagaan negara. [4]

Balai Polis Brickfields[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Mei 2009 Lima peguam iaitu Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Puspawati Rosman, Ravinder Singh Dhalilwal, dan Syuhaini Safwan ditahan di Balai Polis Brickfields ketika cuba berjumpa dengan tahanan yang terbabit dengan protes penangkapan aktivis, Wong Chin Huat. Mereka dibebaskan dengan jaminan polis keesokannya.Mereka dari dari Biro Bantuan Guaman Kuala Lumpur dan ahli Majlis Peguam Malaysia .

Pada 23 Jun 2009. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menerima memorandum mengenai penangkapan tersebut daripada Majlis Peguam yang diwakili Presiden Ragunath Kesavan. Beliau berjanji memastikan “rule of law” atau kedaulatan undang-undang negara ini sentiasa diutamakan.[5]

Badan Peguam yang dirundum kontroversi[sunting | sunting sumber]

Majlis Peguam tidak hanya mempelopori bidang perundangan Malausia bahkan ia juga bersangkut paut dengan sistem pentadbiran dan politik.

Bersih 3.0[sunting | sunting sumber]

Perhimpunan haram bersih yang telah dianjurkan oleh bekas Presiden Badan Peguam Ambiga Seevaneesan dilihat sebagai satu sokongan penuh Badan Peguam terhadap pihak pembangkang dan para pendokong ideologi barat. K.Ragunath yang juga seorang bekas Presiden Badan Peguam telah menyatakan kebimbangan beliau tentang percampuran gerakan bawah tanah dengan majlis peguam. Ini akan menyebabakan majlis kotor kerana telah dipengaruh dengan isu politik. Untuk pengetahuan umum, di dala, setiap perhimpunan haram, majlis peguam akan menghantarkan satu pasukan khas untuk membantu para demosntrator sekiranya berlaku apa-apa tindakan dari pihak berkuasa. [6]

Badan Peguam dan parti pembangkang[sunting | sunting sumber]

Majlis Peguam cuba untuk menyatakan diri mereka adalah sebuah badan independan. Tetapi terdapat banyak insiden berkait yang seperti menunjukkan bahawa pihak majlis peguam menyokong penuh pembangkang.[7] Bekas presiden majlis peguam K.Ragunath pernah menyatakan ketidakpuashatian beliau di dalam satu forum berkenaan kredibiliti majlis peguam apabila terlibat secara langsung dengan pihak pembangkang.[8]

Sifat perkauman Badan Peguam dan pilih kasih[sunting | sunting sumber]

Majlis Peguam pernah menyatakan beberapa kenyataan yang menjurus kepada sifat perkauman persatuan itu. Ini jelas ditunjukkan apabila isu tersebut berkenaan peguam berbangsa melayu. Namun begitu kes yang menunjukkan pilih kasih oleh persatuan tersebut adalah apabila menolak permohonan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas apabila beliau memohon untuk menjadi konsultan di sebuah firma kecil.

Tun Salleh Abas telah meminta untuk menjadi konsultan kepada sebuah firma guaman. Namun permintaan beliau telah ditolak secara tidak telus. Tiada alasan yang kukuh diberikan untuk penolakan permohonan beliau.

Walaubagaimanapun, Datuk K.C. Vohrah yang merupakan seorang bekas hakim mahkamah tinggi telah berjaya mendapat permohonan tersebut, walaupun Datuk K.C. Vohrah adalah seorang hakim yang lebih rendah jawatannya berbanding Tun Salleh Abas. [9]

Badan Peguam juga dipersoal apabila memilih perjuangan berdasarkan kebaikkan dasar politik tertentu. Contohnya kes Teoh Beng Hock seorang lelaki berkuturunan Cina yang berkait rapat dengan pemimpin DAP dan A. Kugan seorang penjenayah yang mati di dalam tahanan. Kedua-duanya dijadikan alasan untuk menentang pihak kerajaan Malaysia. [10] Mereka juga turut membuat perkara yang serupa dalam kes Kugan Ananthan yag merupakan suspek penjenayah yang mati dalam tahanan polis.[11]

Namun begitu, apabila seorang pelajar sekolah, Aminurrashid yang telah ditembak mati oleh pihak polis tidak diperjuangkan oleh Badan Peguam mungkin kerana mangsa adalah seorang kanak-kanak berbangsa Melayu.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=286483
  2. http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=287377
  3. http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a
  4. Majlis Peguam terus dikecam © Utusan Melayu (M) Bhd
  5. Penangkapan peguam: Kerajaan ambil tindakan sewajarnya
  6. http://www.mole.my/content/ranjit-singh-liberty-object-bar-council
  7. Kredibiliti Majlis Peguam terus dipertikai.
  8. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/23/%E2%80%98the-bar-council-is-way-above-its-spore-counterpart%E2%80%99/
  9. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/23/%E2%80%98the-bar-council-is-way-above-its-spore-counterpart%E2%80%99/
  10. http://www.selangortimes.com/index.php?section=insight&permalink=20120906141103-remembering-teoh-beng-hock
  11. http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/1/22/mstar_berita/20090122102654&sec=mstar_berita
  12. http://www.harakahdaily.my/19-kelongsong-peluru-di-samping-aminurasyid

Pautan luar[sunting | sunting sumber]