Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari Badan Pencegah Rasuah)
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Badan Pencegah Rasuah
Jenis Jabatan penuh
Ditubuhkan 1 Oktober 1967
Ibu pejabat Putrajaya, Bendera Malaysia Malaysia
Perkhidmatan Pencegahan perbuatan rasuah
Laman sesawang www.bpr.gov.my
Malaysia
Coat of arms of Malaysia.png

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik
papar  bincang  sunting

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, Malaysia atau singkatannya BPR mula beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh. Akhirnya pada 1 Januari 2009, ia diambilalih oleh SPRM. Ketua SPRM sekarang ini adalah Datuk Seri Ahmad Said Hamdan. [1]

Isi kandungan

[sunting] Sejarah BPR

Sebelum itu, BPR hanyalah sebuah unit kecil yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan khususnya ceramah. Pada masa itu juga, siasatan kes-kes rasuah dijalankan oleh Cawangan “Special Crime” yang diletakkan di bawah Jabatan Polis. Manakala pendakwaan kes- kes rasuah dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Kementerian Undang-Undang.

Pada 1 Julai 1973, Akta Biro Siasatan Negara (BSN) diluluskan oleh Parlimen dan dengan itu BPR ditukar namanya kepada Biro Siasatan Negara atau BSN. Penukaran nama ini bertujuan untuk memberi tugas yang lebih kuasa kepada Biro yang bukan sahaja menyiasat kes-kes yang berkaitan dengan kepentingan negara. Inilah kali pertama jabatan ini ditubuhkan melalui sebuah Akta.

Nama Jabatan ini kemudiannya ditukar kembali kepada nama asal iaitu BPR pada 13 Mei 1982 apabila Akta Badan Pencegah Rasuah, 1982 diluluskan oleh Parlimen dan dikuatkuasakan. “Objektif penting penukaran ini ialah untuk mencerminkan dengan lebih tepat lagi peranan Badan itu sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah perbuatan rasuah”.

Bermula pada 1 Januari 2009 , SPRM beroperasi sebagai sebuah badan yang mengambil alih sepenuhnya tugas BPR. Badan itu bertindak mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008 yang digubal bagi menggantikan Akta Pencegah Rasuah 1997 dan diketuai oleh seorang Ketua Pesuruhjaya.

[sunting] Struktur organisasi

Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR) adalah salah sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Sungguhpun ia terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri tetapi itu hanyalah sekadar melibatkan urusan kewangan dan kakitangan sahaja. Urusan harian BPR dilaksanakan secara bebas dan berkecuali oleh pegawai-pegawainya di bawah pengawasan Ketua Pengarah tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.

BPR diketuai oleh seorang Ketua Pengarah yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di bawah Seksyen 3(2) Akta Pencegahan Rasuah, 1997 atas nasihat Perdana Menteri Malaysia dan beliau dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Pengarah. Ketua Pengarah BPR pada masakini adalah Dato' Seri Hj Ahmad Said b. Hamdan.

BPR mempunyai 9 bahagian di peringkat Ibu Pejabat serta 15 buah pejabat peringkat negeri diketuai oleh seorang Pengarah Negeri.

[sunting] Kepimpinan

Di bawah Dato' Seri Hj Ahmad Said b. Hamdan.

[sunting] Rujukan

  1. [1], "Satu era baru bagi SPRM", 25 Februari 2008. Utusan Online.

[sunting] Lihat juga

[sunting] Pautan luar

Bahasa lain