Badar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Badar (nama penuh: Badr Hunayn, Bahasa Arab: بدر حنین‎) ialah sebuah tempat di wilayah Al Madinah, di barat Arab Saudi. Ia terletak di sekitar 23°46′48″N 38°47′26″E / 23.78000°U 38.79056°T / 23.78000; 38.79056 kira-kira 80 batu (130 km) di barat daya bandar suci Islam Madinah.

Badar merupakan tempat berlakunya perang pertama dalam Islam, Perang Badar. Peperangan berlaku di antara tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan tentera Quraisy di bawah pimpinan Abu Sufian. Pertempuran ini berlaku pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah bersamaan 17 Mac 624 M. Dalam peperangan tersebut, tentera Islam mencapai kejayaan cemerlang.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]