Badi'uzzaman al-Hamadhani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Maqamat Badi' al-Zaman al-Hamadhani
Maqamat Badi' al-Zaman al-Hamadhani

Badi'uzzaman al-Hamadhani (b. Arab: بديع الزمان الهمذاني Badī' al-Zamān al-Hamadhānīy) (967-1007) ialah seoranag pakar prosa bahasa Arab kurun ke-10. Karya utama beliau ialah maqamat, himpunan 52 buah episod cerita-cerita seorang penyangak, Abu al-Fath al-Iskandari, seperti yang diceritakan oleh 'Isa ibn Hisham.

Al-Hamadhani dilahirkan dan menerima pendiidkan di Hamedan, ibukota purba bagi orang Mede dan Parsi yang dikenali pada zaman silam sebagai Ecbatana di Iran kini. Pada tahun 990, beliau pergi ke Jurjan, beliau tinggal di sana selama dua tahun; kemudian berlepas ke Nishapur, di situ beliau menjadi saingan dan mengatasi al-Khwarizmi. Setelah mengembara melalui Khorasan dan Sijistan (kini Sistan), akhirnya beliau menetap di Herat di bawah perlindungan wazir kepada Mahmud Ghazni, Sultan Kerajaan Ghaznawi. Beliau meninggal dunia di situ pada usia 40 tahun. Beliau terkenal dengan daya ingatan yang menakjubkan dan kepetahan berbicara, di samping kemurnian bahasa beliau. Beliau adalah orang pertama yang memperbaharui penggunaan prosa berima dalam surat dan maqamat.

Surat-surat beliau diterbitkan buat pertama kalinya di Istanbul (1881), dan dengan ulasan di Beirut (1890).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]