Badruddin Amiruldin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin merupakan bekas ahli politik UMNO Malaysia dan beliau sekarang ini merupakan bekas Ahli Parlimen Jerai. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) - sebuah agensi pemasaran produk pertanian.

Politik[sunting | sunting sumber]

Badrudin Amiruldin dilantik sebagai Pengerusi Tetap/Speaker Perhimpunan Agung UMNO menggantikan Tun Sulaiman Ninam Shah sejak 2007.Tun Sulaiman dan Tan Sri Onn Ismail menjadi idolanya.[1] Celotehnya sentiasa dinanti-nantikan kerana banyak sinis dan jenaka diselitkan.

Tugas itu diamanahkan kepadanya dari 2008 hingga 2011 iaitu Perhimpunan Agung UMNO 2011.Perhimpunan bermula 29 November hingga 4 Disember 2011 akan dihadiri perwakilan yang teramai iaitu 3,476 orang. Dia sudah 20 kali berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO. [2]

Pada 1 April 2005, ucapan beliau di Parlimen

FAMA[sunting | sunting sumber]

Badruddin Amiruldin dilantik sebagai pengerusi FAMA. Pada 2011, FAMA sudah berusia 46 tahun.Pada 1965, FAMA telah dibuka secara rasmi oleh Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar ketika itu.Antara kejayaan FAMA ialah mengadakan Pasar Tani, Program Pembangunan Industri Asas Tani, penjenamaan 1Malaysia Best, Agrobazaar, Kedai Rakyat dan Gerai Buah-buahan Segar .[3]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya 1999, Badrudin menewaskan Nasharudin Mat Isa dari Pas. Dalam Pilihan raya 2004, Badrudin menewaskan Che Din Arshad (Pas) dengan majoriti 10,405 undi. Dalam Pilihan raya 2008, beliau bertanding lagi di P012, Jerai dan mendapat 24,211 undi tetapi kalah. Calon PAS, Mohd Firdaus Bin Jaafar menang, mendapat 26,510 undi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Badruddin takut dituduh tak berlaku adil
  2. Membawa mesej rakyat ke Dewan Merdeka
  3. FAMA selepas 46 tahun