Badrul Hisham Abdul Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz merupakan bekas ahli parlimen Hulu Langat, Malaysia selama dua penggal (1995-2004). Beliau pernah menjadi pemberita, wartawan dengan surat khabar Utusan Malaysia. Pengalaman beliau sebagai wartawan disiarkan dalam Agendadaily.com dan jawatan terakhir sebagai Timbalan Ketua Pengarang Agendadaily.com (2007-2012)

Isterinya Noraini Ahmad dan mempunyai lima anak termasuk Ilyas Fadzli, 19.

Isi kandungan

Wartawan [sunting]

Badrul Hisham pernah menjadi kadet tentera sebelum bekerja di UKM dan pindah ke Utusan Melayu.

Beliau lulusan ijazah sarjana muda sastera di UKM (1979-`1983). Beliau menjadi wartawan kadet di Utusan Malaysia pada 15 Februari 1984. Jawatan terakhir ialah penolong pengarang berita Utusan sebelum berhenti untuk menjadi calon BN di Hulu Langat.Rakan seangkatan beliau di Utusan ialah Zainuddin Maidin, Datuk Aziz Ishak ; Othman Mohamad , Datuk Zaini Hassan Rosli Ismail , Abdullah Hassan, Datuk Sirajuddin Rafia, Nasir Osman Abas dan Rashid Ahmad.

Antara pengalaman menariknya ialah membuat liputan Konsert Sudirman 1984 di UKM yang dibantah oleh mahasiswa yang didalangi parti pembangkang, PAS khususnya.Diceritakan perihal bagaimana rakan wartawan dari Utusan, Mohd. Nor A. Samad ditahan oleh pihak pengawal keselamatan kerana memasuki kawasan kampus tidak mengikut pintu sewajarnya, sebaliknya ‘short-cut’ ikut padang yang tidak berpagar. Juga mengenai Ketua Jurugambar Syed Agil Syed Jaafar yang disumbat ke dalam lokap (Bilik Kebal) UKM selama empat jam. Ketika ditahan, Syed Agil sempat melontarkan dua gulung filem yang merakam pelbagai aksi menarik mengenai rusuhan selepas solat Jumaat itu. Saya yang ketika itu sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi sempat mengambil filem tersebut. Esoknya empat keping gambar demonstrasi itu disiarkan – berbaloi dengan empat jam Syed Agil ditahan,[1]

Beliau bersama yang lain membuat liputan tentang Ketua Menteri Melaka difitnah oleh pihak pembangkang dan wartawan M. Nor A. Samad telah 'ditahan'. Beliau juga membuat liputan dengan Kamal Zailani untuk menjejaki Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib yang tiba-tiba menghilang diri setelah kisah perkahwinannya dengan Puteri Sultan Selangor, Datin Paduka Hajjah Tengku Puteri Zahariah Bte Sultan Abdul Aziz Shah (Ku Yah) meletup. [2]

Beliau juga turut mengikuti Mufti Istana Negara, Datuk Hassan Din al-Hafidz buat operasi cegah maksiat di ibukota Kuala Lumpur. Mereka juga melaporkan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Serbuan oleh pihak polis PDRM lebih ‘strict’ sedikit. [3]

Pada Oktober 1986, Badrul Hisham membuat liputan tentang penawanan dua orang pegawai Universiti Kebangsaan Malaysia di Penjara Pudu. Dr Radzi Jaafar dan Abdul Aziz Majid ditawan oleh Jimmy Chua, bekas inspektor polis Singapura bersama lima lagi rakannya. Penawanan selama enam hari itu ditangani oleh pasukan Unit Tindakan Khas PDRM. Datuk Mohd Zaman Khan dan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar menyelinap masuk ke dalam penjara . Ketua Pengarah Penjara ketika itu ialah Datuk Ibrahim Mohamad.[4]

Pada 1989, Badrul Hisham bersama Ramli Ismail dan Ayob membuat liputan tentang pesawat Flying Tiger 66 terhempas di atas bukit, perkampungan Orang Asli, Kampung Batu 14, Puchong. . Empat orang dalam pesawat Flying Tiger termasuk kapten dan juruterbang keduanya maut. Dilaporkan ada pihak yang terjumpa tin minuman keras di dalam kokpit pesawat dan macam-macam cerita lain. Berlaku salah maklumat antara Lapangan Terbang Changi Singapura , Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dengan juruterbang pesawat kargo Boeing 747-249F.[5]

Politik [sunting]

Beliau dinamakan sebagai calon Barisan Nasional/UMNO untuk kawasan parlimen P93 Hulu Langat dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995 .Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 beliau mengalahkan pensyarah UKM, Dr Mohd Nor Nawawi dari Keadilan. Tahun 2004 beliau tidak bertanding .[6] Calon BN/UMNO tahun 2004 ialah Datuk Markiman Kobiran.

Meninggal dunia [sunting]

Pada 17 Februari 2012, beliau (53 tahun) meninggal dunia di Hospital Serdang, berhampiran Putrajaya . Beliau mengidap pelbagai penyakit dan mengadu sesak nafas.Jenazah akan dibawa kerumahnya di 12 jln 2/1 Mutiara Bangi,Bandar Baru Bangi. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas pada 18 Februari 2012.

[7]

Rujukan [sunting]