Badrulamin Bahron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ustaz Dr Badrulamin bin Bahron ('Badrul Amin') adalah seorang ahli politik dan bekas pensyarah undang-undang (Profesor Madya) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1984 - 1999). Beliau pernah menyertai pilihan raya 2004 dan 2008 bagi kerusi parlimen Sabak Bernam namun tewas kepada calon BN-UMNO dengan majoriti tipis.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Sabah dan berkahwin dengan isteri pertama Zumrah dan mereka mempunyai tujuh orang anak 5 perempuan 2 lelaki. Isteri keduanya, Noraishah Binti Abu Bakar (almarhumah), berasal dari Tuaran Sabah dan dikurniakan seorang anak lelaki (Ahmad Anwar al-Amin). Isteri ketiga beliau Harlina Zainuddin 40 dan mereka berkahwin pada Oktober 2010 di dalam satu majlis ringkas di Ampang, Selangor. Dengan Harlina beliau tidak punya anak. Isteri keempat, Hajar Rashid, berasal dari Mersing dan dikurniakan tiga orang anak, 2 lelaki 1 perempuan.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau Lulusan BA Shariah al-Azhar, Mesir, sarjana LLM Perbandingan Undang-ubdang di Universiti Kent, UK dan mendapat Ph.D di Universiti Birmingham, United Kingdom dalam bidang Undang-undang Perlembagaan Islam.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi pensyarah Undang-Undang (Asst. Professor) di UIAM (1984 - 1999). Beliau pernah bertugas sebagai Pengarah Penerangan di Pejabat Dato Menteri Besar Selangor. Kini bergerak sepenuh masa dalam bidang Dakwah serta kerja sosial.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) (masa itu Parti Keadilan Nasional) sejak awal penubuhannya, dan membaca doa sempena pelancaran parti pada 4 April 1999. Kini beliau merupakan seorang ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR sejak 2001. Selain itu beliau adalah Ketua Bahagian keADILan Sabak Bernam sejak 2000 dan Naib Ketua Perhubungan PKR Negeri Selangor.

Beliau orang pertama ditangkap kerana mengedar kaset-kaset Anwar Ibrahim (Disember 1998 di Melaka). Beliau juga ditahan di lokap kerana menjadi Imam Solat Sunat Hajat sebuah perhimpunan di Masjid Negara pada September 1999.[1] Selain itu beliau pernah menjadi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 2001-2003.[2]

Beliau telah dua kali bertanding kerusi parlimen Sabak Bernam namun tewas kepada calon BN-UMNO. Kali pertama ialah apabila beliau kalah kepada Mat Yasir Ikhsan pada 2004 dan kemudian Abd Rahman Bakri pada 2008.

Tahun yang sama 2004 juga beliau bertanding serentak di DUN Paya Jaras manakala 2008 di DUN Kuang. Kesemuanya tewas.

Beliau juga pernah bertanding dan kalah dua kali di Parlimen Silam (1999 dan 2012).

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Tuduhan berkhalwat[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Februari 2012, Dr Badrul Amin dituduh berkhalwat. Kes khalwat telah disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang namun tiada sebarang dakwaan atau pertuduhan dimahkamah.[3]

Bagaimanapun Dr Badrul Amin menafikan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bahawa dia ditahan oleh pegawai JAIP ketika berdua-dua di dalam bilik adalah tidak benar sama sekali dan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan dirinya.

Dr Badrul Amin adalah Ketua Cabang PKR Sabak Bernam dan Pengarah Penerangan Pejabat Menteri Besar Selangor , sedang mengikuti 'Temurapat' bersama pemimpin-pemimpin PKR lain di Kuantan selama tiga hari (24-26 Februari 2012). Majlis tersebut dipindahkan dari Lumut ke Kuantan. Dr Badrul Amin datang bersama isterinya Harlina. Beliau bersama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyertai Himpunan Hijau 2.0 bagi pembinaan kilang Lynas di Padang Majlis Perbandaran Kuantan pada 26 Februari 2012. [4][5] Dr Badrul Amin mengenali pasangan suami isteri itu sejak lebih setahun lalu semasa keluarga wanita itu mengikuti rombongan umrah dan pernah menziarahi keluarganya di Rompin. [6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ blogger User Profile: Dr. Badrulamin Bahron
  2. ^ Undilah untuk Demokrasi Aliran Monthly. 2004:2
  3. ^ Pemimpin PKR ditangkap khalwat dengan isteri orang
  4. ^ "Badrul Amin Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-26. Dicapai pada 2012-02-25.
  5. ^ Pemimpin PKR ditangkap khalwat bersama isteri orang
  6. ^ "Khalwat: Penjelasan Dr Badrulamin Baharon". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-29. Dicapai pada 2012-02-26.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]