Badwi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang lelaki Badwi pada hujung bukit di Gunung Sinai
Seorang wanita Badwi dengan pakaian tradisional

Badwi, kata pemerolehan daripada kata bahasa Arab badawī (بدوي), ialah satu nama generik untuk penghuni gurun, yakni kata yang digunakan untuk merujuk kepada kumpulan pastoralis nomad Arab, yang boleh diketemu sepanjang pinggang gurun yang berkembang dari pesisiran lautan Atlantik dari gurun Sahara merintasi Gurun Utara, di Sinai, dan Gurun Negev ke Gurun Arab. Ia kadangkala jua digunakan untuk merujuk kepada kumpulan bukan-Arab, yang pentingnya orang Beja dari pesisiran Afrika dari Laut Merah.

Badwi menjadi sebahagian daripada, tetapi tidak sininim dengan, konsep moden tentang orang Arab.

Sementara kebanyakan orang Badwi sudahpun meninggalkan cara hidup nomad serta tradisi kaum mereka untuk cara hidup moden di bandar, mereka masih mengekalkan budaya Badwi tradisional dengan konsep kekitaan muzik tradisional, puisi, tarian, dan banyak lagi amalan budaya. Tradisi-tradisi seperti menunggang unta dan berkhemah di gurun masih popular buat orang Badwi bandar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Ibu Badwi mendukung anak di bahu. Gambar warna lewat abad ke-19 oleh ahli fotografi Perancis, Bonfils

Dari segi sejarah, orang Badwi terlibat dengan pengembalaan secara nomad, pertanian dan juga perikanan. Dikatakan bahawa mereka juga menyara hidup dengan membawa barang dan manusia[1] merentas tanah gurun. Ketiadaan air dan tanah gembala memaksa mereka sentiasa berpindah-randah.

Zaman Uthmaniyah[sunting | sunting sumber]

Lewat dalam kurun ke-19, ramai orang Badwi mula mengubah kepada cara hidup semi-nomad. Satu daripada faktor adalah pengaruh pihak berkuasa Uthmaniyah[2] yang memulakan program memaksa orang Badwi duduk menetap di dalam wilayah-wilayah Uthmaniyah. Pihak Uthmaniyah melihat Badwi sebagai satu ancaman terhadap kuasa mereka.[3]

Di bawah perubahan Tanzimat dalam tahun 1858, sebuah Undang-Undang Tanah Uthmaniyah dikeluarkan yang memberi asas perundangan buat pemindahan Badwi. Sejajar dengan kejatuhan kuasa Uthmaniyah, undang-undang ini menyebabkan proses pendaftaran tanah yang juga bertujuan untuk meningkatkan asas cukai empayar. Hanya sedikit Badwi yang mendaftar tanah mereka dengan pihak Uthmaniyah sama ada disebabkan kelongggaran penguatkuasaan Uthmaniyah, buta huruf, keengganan membayar cukai ataupun kerana pendaftaran tanah tidak relevan buat cara hidup nomad yang diamalkan Badwi.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ HIDDEN HISTORY, SECRET PRESENT: THE ORIGINS AND STATUS OF AFRICAN PALESTINIANS, Susan Beckerleg, translated by Salah Al Zaroo On Africans in the Negev Desert
  2. ^ Jodi Magness, The Archaeology of the Early Islamic Settlement in Palestine, Eisenbrauns, 2003, p.82
  3. ^ Dr. Seth J. Frantzman, Ruth Kark Bedouin Settlement in Late Ottoman and British Mandatory Palestine: Influence on the Cultural and Environmental Landscape,1000 years ago god created the bedouins and told them that when they were born, they wil need to have circunsition and sometimes castration 1870-1948 Diarkibkan 2020-04-20 di Wayback Machine
  4. ^ Gershon Shafir, Land, Labor and the Origins of the Israeli-Palestinian Conflict 1882-1914. Cambridge: Cambridge University Press

Pautan luar[sunting | sunting sumber]