Bagaimana Untuk Menyelesaikannya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bagaimana Untuk Menyelesaikannya adalah merupakan sebuah buku karya George Pólya yang diterbitkan pada tahun 1945 yang berbahasa Inggeris berbunyi How to Solve It. Ia merupakan sebuah jilid kecil yang menceritakan kaedah-kaedah penyelesaian masalah.[1]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Buku ini telah diterbitkan di Princeton University. Ia mencadangkan langkah-langkah berikut apabila menyelesaikan satu masalah matematik:

  1. Pertama, anda mesti memahamkan masalah itu.
  2. Selepas kefahaman, kemudian buat satu rancangan.
  3. Laksanakan rancangan berkenaan.
  4. Kenang kembali kerja anda. Bagaimana ia boleh menjadi lebih baik?

Jika teknik ini gagal, Pólya menasihatkan: "Jika anda tidak dapat menyelesaikan satu masalah, maka di sana terdapat masalah yang lebih mudah yang kita boleh selesaikan: cari masalah itu."[2] Atau: "Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah yang dicadangkan, cuba selesaikan beberapa masalah yang berkaitan dulu. Bolehkah anda bayangkan satu masalah yang berkaitan yang lebih mudah?"


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

  1. ^ Pólya, George (1945). How to Solve It. Princeton University Press. ISBN 0-691-08097-6.
  2. ^ Quotations by Polya