Bagan Tengkorak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Bagan Tengkorak terletak kira-kira 5 km dari Tanjung Karang,Selangor, Malaysia.Dalam peta, Bagan Tengkorak terletak pada koordinat 3° 27' 0" Utara, 101° 8' 0" Timur . Kawasan ini terletak di tepi pantai mengadap laut Selat Melaka. Istilah 'Bagan' sering merujuk kepada kawasan tepi pantai atau jeti di tepi pantai. Kawasan ini sebenarnya sebuah perkampungan nelayan pantai. Lokasi berdekatan ialah Kampung Sungai Sungai Burong, Sekinchan, Pekan Tanjung Karang, Kampong sungai Sireh.

Jika anda dari Kuala Lumpur, Bagan Tengkorak terletak selepas Pekan Tanjung Karang, di sebelah kiri, menuju ke tepi laut.

Muara Sungai Tengkorak di sini menjadi lokasi bot-bot nelayan singgah di bagannya .Bot nelayan mudah singgah terutama semasa air pasang. Sebahagian penduduknya terdiri daripada orang Melayu dan Cina. Ramai pemancing datang ke Bagan Tengkorak untuk memancing kerana terdapat banyak spesies ikan dan udang yang banyak dan menarik minat mereka. Terdapat restoran makanan laut yang diusahakan oleh peniaga dari kaum Cina. Pemancing boleh menyewa bot dari nelayan tempatan.