Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Sumber Manusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Sumber Manusia Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadikan Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Sumber Manusia adalah nadi dan penggerak utama pentadbiran Jabatan Perdana Menteri yang menyediakan pengurusan cemerlang yang boleh dicontohi oleh semua agensi.

Misi[sunting | sunting sumber]

  • Memberi perkhidmatan dalam pengurusan pejabat, Aset dan ICT, keurusetiaan majlis-majlis rasmi, penyelenggaraan kompleks, pengangkutan, perpustakaan, kebajikan dan sukan.
  • Mengawal, meyelaras dan memantau peruntukan/ perbelanjaan mengurus, urusan pembayaran, pinjaman dan pendahuluan diri/pelbagai.
  • Mengawal, menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar, strategi, program dan projek-projek pembangunan.
  • Mengkaji, merancang, mengurus dan membangunkan keperluan sumber manusia, struktur organisasi dan hal ehwal perkhidmatan.
  • Merancang, melaksana dan menyelaras program-program perhubungan awam dan kerja-kerja dokumentasi dalam memperkukuhkan identiti dan imej jabatan.
  • Merancang, melaksana, menyelaras dan menguatkuasakan peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan perlindungan serta memberi khidmat nasihat bagi menjamin keselamatan unit/bahagian/jabatan/kerajaan.
  • Memberikan perkhidmatan keurusetiaan yang cekap dan berkesan kepada MAKSAK dan PUSPANITA Kebangsaan.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Menentukan pengurusan perkhidmatan dan pengurusan sumber manusia dilaksanakan dengan cemerlang dan berterusan mengikut peraturan dan arahan yang berkuatkuasa

Piagam pelanggan[sunting | sunting sumber]

  • Kami adalah komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan serta layanan pelanggan yang adil dan saksama.
  • Memberi perkhidmatan sokongan yang cepat, cekap dan tepat mengikut peraturan dan prosedur serta mewujudkan suasana bekerja yang selesa bagi membolehkan objektif Jabatan tercapai
  • Menguruskan pengurusan sumber manusia yang tepat, cepat dan cekap mengikut peraturan dan prosedur yang berkuatkuasa
  • Menguruskan pengurusan kewangan mengikut prosedur dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa bagi memastikan peruntukan dibelanjakan dengan berkesan.
  • Menguruskan pengurusan pembangunan projek mengikut prosedur dan peraturan yang berkuatkuasa bagi memastikan peruntukan dibelanjakan dengan berkesan.
  • Memberi khidmat pengurusan keselamatan bagi menjamin tahapnya sentiasa di peringkat yang tinggi
  • Memberi khidmat keurusetiaan yang cekap dan berkesan bagi program MAKSAK dan PUSPANITA kebangsaan mencapai matlamat.

Unit-unit di bawah Cawangan Pengurusan Am[sunting | sunting sumber]

  • Unit Pentadbiran dan Keurusetiaan
  • Unit Kewangan
  • Unit Keselamatan
  • Unit Pembangunan
  • Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi
  • PUSPANITA
  • Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK)

Unit Pentadbiran dan Keurusetiaan[sunting | sunting sumber]

  • Bertanggungjawab untuk menjaga dan memantau kerja-kerja kebersihan pejabat di dalam Kompleks Jabatan Perdana Menteri.
  • Menyelenggara semua kemudahan pejabat, peralatan, perabot, mesin kenderaan, tempat letak kenderaan dan bilik mesyuarat.
  • Menyediakan kemudahan kenderaan, pemandu dan mengendalikan urusan yang berkaitan dengannya.
  • Menjadi urusetia kepada majlis-majlis rasmi Jabatan/Jawatankuasa 4P Hari Kebangsaan.
  • Menjadi urusetia kepada lawatan pelawat-pelawat luar negara yang bertaraf Menteri yang menjadi tetamu daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
  • Bertanggungjawab sebagai Jawatankuasa Hadiah bagi Tilawah Al-Quran, Pertandingan Nasyid dan Menghafaz Al-Quran.
  • Mengendalikan urusan surat menyurat dan sistem pengurusan fail.
  • Mengendalikan urusan pakaian seragam bagi Pemandu, Pembantu Am Rendah, Pekerja Rendah Awam dan Pengawal Keselamatan.
  • Mengendalikan dan menyelenggarakan urusan pemasangan telefon/fax.
  • Memproses permohonan keluar negeri secara persendirian.
  • Mengedar pekeliling-pekeliling dan surat pekeliling kepada Unit/Bahagian di bawah Jabatan Perdana Menteri.
  • Mengawal perjalanan semua peringkat fail {Rahsia, Sulit, Terbuka} untuk tindakan pegawai/kakitangan di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
  • Memproses borang-borang pencalonan bintang dan pingat persekutuan bagi pegawai dan kakitangan daripada Unit/ Jabatan/Bahagian di bawah Jabatan Perdana Menteri.
  • Membangun, menyelenggara dan melaksanakan sistem ICT
  • Menyediakan perkhidmatan perpustakaan.
  • Mengelolakan aktiviti kebajikan, sukan dan sosial Jabatan Perdana Menteri.

Unit Kewangan[sunting | sunting sumber]

  • Menyelaras permohonan belanjawan dan mengawal semua Belanja Mengurus (B07) mengikut prosedur dan peraturan semasa.
  • Mengemukakan dokumen pembayaran gaji bulanan pegawai dan kakitangan tepat pada tarikh yang ditetapkan oleh Akauntan Negara.
  • Memproses semua tuntutan bil, tuntutan perjalanan dan tuntutan lebih masa, permohonan pinjaman kenderaan, pembiayaan komputer dan kelab rekreasi & sukan, pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai dan elaun pakaian panas.
  • Mengeluarkan waran peruntukan, pesanan tempatan dan waran perjalanan serta menguruskan pindah peruntukan.
  • Mengawal Akaun Amanah/Deposit dan Hasil bagi agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
  • Mengurus segala teguran audit.
  • Menyelaras kehadiran Pegawai Jabatan Perdana Menteri semasa perbahasan Belanjawan di Parlimen
  • Semakan belanjawan majlis rasmi dan lawatan negara

Unit Pembangunan[sunting | sunting sumber]

  • Menyelaras permohonan belanjawan dan mengawal semua Belanja Pembangunan (B07) mengikut prosedur dan peraturan semasa.
  • Memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri.
  • Mengeluarkan pembayaran bagi projek-projek kerajaan yang telah diluluskan.
  • Menyelaras dan mengendalikan Sistem Infrastruktur Kebangsaan bagi Maklumat Tanah (National Infrastructure for Land Information System - NaLIS).
  • Menyelaras dan mengendalikan Sistem Pemantauan Projek (PMS).
  • Mengurus dan menyelaras segala teguran audit.

Unit Keselamatan[sunting | sunting sumber]

  • Memberi khidmat nasihat mengenai kawalan Keselamatan Perlindungan kepada Jabatan-Jabatan, Bahagian-Bahagian dan Unit-Unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.
  • Membuat naziran bagi menentukan bahawa kelemahan-kelemahan keselamatan serta syor-syor keselamatan dilaksanakan.
  • Membuat pemeriksaan mengejut di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya bagi menjamin keselamatan perlindungan diamalkan.
  • Menyelaras dan menguruskan pengeluaran kad/pas keselamatan.
  • Menguatkuasakan peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan perlindungan yang ditetapkan oleh jawatankuasa keselamatan perlindungan, Jabatan Perdana Menteri.

Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi[sunting | sunting sumber]

  • Memberi taklimat berkaitan peranan Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi di bawahnya kepada pelawat dan orang ramai.
  • Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Pengaduan Awam Jabatan dalam memberi jawapan balas kepada aduan-aduan awam yang diterima.
  • Mengadakan hubungan mesra dengan pihak media massa dan pegawai-pegawai perhubungan awam dari agensi-agensi lain serta orang ramai.
  • Mengeluarkan bahan-bahan maklumat berbentuk buletin, makalah dan brosur untuk maklumat kakitangan dan orang ramai.
  • Merekacipta konsep grafik dan menyediakan bahan-bahan grafik dan visual untuk keperluan pameran dan publisiti.
  • Mengendalikan kerja-kerja berkaitan percetakan, fotostat, setting dan lain-lain tugas am percetakan.

Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota-Anggota Kerajaan[sunting | sunting sumber]

  • Memberi khidmat penyelarasan dan keurusetiaan yang berkesan kepada MAKSAK Gabungan di seluruh negara.
  • Merancang dan melaksana Program/Aktiviti Tahunan MAKSAK.
  • Mengurus Kewangan/Pelaburan dan Harta MAKSAK.
  • Mengurus Laporan dan Dokumentasi.

PUSPANITA Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

  • Memberi khidmat penyelarasan keurusetiaan yang berkesan kepada PUSPANITA Malaysia.
  • Merancang dan melaksana Program/Aktiviti Tahunan PUSPANITA
  • Mengurus Kewangan/Pelaburan dan Harta PUSPANITA.
  • Mengurus Laporan & Dokumentasi

Unit-unit di bawah Cawangan Pengurusan Sumber Manusia[sunting | sunting sumber]

  • Unit Pengurusan Sumber Manusia (Operasi)
  • Unit Pembangunan Sumber Manusia
  • Unit Penyelidikan Sumber Manusia

Unit Pengurusan Sumber Manusia[sunting | sunting sumber]

  • Menguruskan pengambilan sumber manusia di peringkat Jabatan Perdana Menteri.
  • Menguruskan proses pemilihan dan perlantikan sumber manusia di peringkat Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri
  • Menguruskan urusan penempatan dan pertukaran pegawai mengikut kesesuaian jawatan, kerja dan masa.
  • Mengurusan hal-hal perkhidmatan.
  • Menguruskan sistem disiplin dan pengendalian tatatertib.
  • Menguruskan pengendalian LNPT
  • Menguruskan pengendalian PPG
  • Menguruskan permohonan rasmi keluar negeri.

Unit Pembangunan Sumber Manusia[sunting | sunting sumber]

  • Menguruskan program latihan sumber manusia.
  • Menguruskan peperiksaan perkhidmatan.
  • Pencalonan menghadiri kursus luar negeri.
  • Menyediakan khidmat kaunseling dan membantu proses penyelesaian masalah sumber manusia.
  • Menguruskan kenaikan pangkat/pemangkuan.
  • Memantau dan membangunkan prestasi pegawai.
  • Menjadi urusetia kepada Majlis Penyampaian Khidmat Cemerlang.
  • Mengurus pengendalian MBJ di peringkat Jabatan Perdana Menteri.
  • Memantau/Memproses permohonan aktiviti luar Jabatan.

Unit Penyelidikan Sumber Manusia[sunting | sunting sumber]

  • Menguruskan Sistem Maklumat Sumber Manusia (SISPEN) yang berkesan.
  • Perancangan sumber manusia dari segi keperluan kepakaran, kuantiti dan kualiti.
  • Mengkaji, memeriksa dan memberi ulasan ke atas cadangan penyusunan semula struktur organisasi agensi-agensi- di bawah Jabatan Perdana Menteri.
  • Menguruskan pengendalian JKP di peringkat Jabatan Perdana Menteri.
  • Penyelidikan, kajian dasar dan strategi baru program pengurusan dan pembangunan sumber manusia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Laman rasmi[sunting | sunting sumber]