Bahan lancung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bahan lancung ialah sebarang bahan yang ditemui dalam bahan lain (e.g. makanan, minuman, bahan bakar) namun tidak dibenarkan atas sebab tertentu dan merupakan sejenis pemalsuan. Penambahan bahan lancung disebut pelancungan. Bahan lancung berbeza daripada, misalnya, bahan tambah makanan yang dibenarkan. Garis yang memisahkan kedua ini boleh jadi tipis; cikori boleh ditambah kepada kopi bagi menurunkan kosnya—namun sekiranya tidak diumumkan dan dilabelkan sedemikian, ia menjadi sejenis penipuan. Istilah "kontaminasi" pula digunakan bagi wujudnya bahan yang tidak dikehendaki akibat kemalangan atau kecuaian berbanding dengan sengaja.

Penambahan bahan lancung yang toksik dengan sengaja pada makanan dianggap peracunan.

Kejadian[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]