Bahasa Arab Maghreb

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bahasa Arab Maghreb merupakan istilah liputan untuk jenis-jenis Bahasa Arab yang dituturkan di Maghreb, termasuk Maghribi, Tunisia, Algeria, dan Libya. Penutur Bahasa Arab Maghreb menggelar bahasa mereka sebagai Derija atau Darija, yang bermaksud "loghat". Bahasa ini biasanya digunakan secara lisan lisan; komunikasi bertulis biasanya dilakukan dalam Bahasa Arab Piawai Moden, bersama dengan siaran berita. Derija digunakan bagi kesemua komunikasi lisan, dan juga dalam drama TV serta papan pengiklanan di Maghribi dan Tunisia. Derija mempunyai banyak perkataan pinjaman daripada bahasa-bahasa penjajah Afrika Utara, termasuk Perancis dan Sepanyol, dan juga perkembangan bebas, sesetengahnya kemungkinan disebabkan oleh substratum bahasa Berber. Loghat Maghrebi kesemuanya menggunakan awalan n- sebagai kata ganti nama diri tunggal pada kata kerja, membezakan dengan loghat Timur Tengah dan Bahasa Arab piawai. Mereka sering meminjam perkataan daripada bahasa Perancis (di Morocco, Algeria dan Tunisia), bahasa Sepanyol (di Morocco), dan bahasa Itali (di Libya dan sesetengah di Tunisia) dan mengubah bentuk kata kerja mengikut peraturan bahasa Arab. Oleh sebab bahasa ini jarang ditulis, tiadanya piawaian dan bahasa ini bebas untuk berubah dengan cepat dan menyerap kosa kata baru daripada bahasa-bahasa jiran. Ini adalah sama seperti apa yang berlaku pada Bahasa Inggeris Tengah selepas pennaklukan Norman.

Dalam beberapa abad selepas taklukan Islam, Bahasa Arab hanya dituturkan di bandar raya di Maghreb. Selepas beberapa ratus tahun barulah bahasa ini memasuki kawasan luar bandar dan kawasan nomad dengan biaya bahasa-bahasa Berber, namun kedua-dua bahasa ini wujud bersama hingga kini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Singer, Hans-Rudolf (1980) “Das Westarabische oder Maghribinische” in Wolfdietrich Fischer and Otto Jastrow (eds.) Handbuch der arabischen Dialekte. Otto Harrassowitz: Wiesbaden. 249-76.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:VarietiesofArabic Templat:AfroAsiatic-lang-stub