Bahasa Arab Mesir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Arab Mesir
مصري Ma
Sebutan[mɑsˁɾɨ]
Asli kepadaMesir dan beberapa buah negara lain
Penutur bahasa
76,000,000 + [1]
Abjad Arab
Status rasmi
Bahasa rasmi di
tiada
Dikawal selia olehtiada
Kod bahasa
ISO 639-2arz
ISO 639-3arz

Bahasa Arab Mesir (Ma مصري) merupakan sejenis dialek Bahasa Arab atau Ammiyah. Bahasa ini berasal dari Delta Nil di Hilir Mesir di sekeliling ibu negara iaitu Kaherah. Berasal daripada Bahasa Arab lisan yang dibawa ke Mesir semasa abad ke-7, perkembangannya terutamanya dipengaruhi oleh Bahasa Kubti dan Bahasa Mesir dalam Mesir pra-Islam,[2][3][4] dan selepas itu oleh bahasa lain seperti Bahasa Turki. Bahasa Arab Mesir dituturkan oleh lebih daripada 76 juta orang di Mesir.[1] Bahasa ini juga difahami di Timur Tengah atas pengaruh media Mesir, yang menyebabkannya menjadi jenis Amiyyah yang paling banyak dituturkan dan salah satu yang paling banyak dipelajari.

Kalimah "Bahasa Arab Mesir" dan "Masri" selalunya disama erti dengan "Bahasa Arab Kaherah", suatu dialek yang dituturkan di ibu negara Mesir. Manakala perkataan Mar digunakan oleh penduduk tempatan untuk merujuk ibu negara Mesir sendiri, iaitu Kaherah. Sama seperti keadaan Bahasa Perancis, Bahasa Arab Mesir memainkan peranan yang besar dalam semua hal-hal kebangsaan. Sementara, Bahasa Arab Mesir juga merupakan bahasa keperluan, bahasa tersebut juga digunakan dalam penulisan novel, tayangan, puisi, termasuk juga di dalam komik, iklan, surat khabar dan lirik lagu-lagu popular. Dalam kebanyakan media bercetak dan laporan-laporan berita di kaca televesyen, Bahasa Arab Fusha digunakan. Bahasa Arab Mesir biasanya ditulis dengan huruf Arab untuk kegunaan tempatan, walau bagaimanapun, Bahasa tersebut juga ditulis menggunakan tulisan Latin atau Abjad Fonetik Antarabangsa dalam teks-teks linguistik dan buku-buku teks untuk kemudahan mengajar bangsa asing.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Egyptian Arabic Diarkibkan 2015-03-20 di Wayback Machine UCLA Language Materials Project
  2. ^ Nishio, Tetsuo. "Word order and word order change of wh-questions in Egyptian Arabic: The Coptic substratum reconsidered". Proceedings of the 2nd International Conference of L'Association Internationale pour la Dialectologie Arabe. Cambridge: University of Cambridge. 1996, pp. 171-179
  3. ^ Bishai, Wilson B. "Coptic grammatical influence on Egyptian Arabic". Journal of the American Oriental Society. No.82, pp. 285-289.
  4. ^ Youssef (2003), below.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Abdel-Massih, Ernest T. (1978). Comprehensive Study of Egyptian Arabic: Conversation Texts, Folk Literature, Cultural Ethnological and Socio Linguistic Notes. Ann Arbor: Univ of Michigan. ISBN 0-932098-11-8. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Gary, Judith Olmsted, & Saad Gamal-Eldin. 1982. Cairene Egyptian Colloquial Arabic. Lingua Descriptive Studies 6. Amsterdam: North Holland.
  • Haeri, Niloofar (2003). Sacred Language, Ordinary People: Dilemmas of Culture and Politics in Egypt. Palgrave Macmillan. ISBN 0-312-23897-5.
  • Harrell, Richard S. 1957. The Phonology of Colloquial Egyptian Arabic. American Council of Learned Societies Program in Oriental Languages Publications Series B, Aids, Number 9. New York: American Council of Learned Societies.
  • Hinds, Martin (1987). A Dictionary of Egyptian Arabic. French & European Pubns. ISBN 0-8288-0434-6. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Mitchell, T.F. 1956. An Introduction to Egyptian Colloquial Arabic. Oxford: Oxford University Press.
  • Mitchell, T.F. 1962. Colloquial Arabic: the Living Language of Egypt. London: The English Universities Press.
  • Presse, Karl G. (2000). 5 Egyptian-Arabic One Act Plays: A First Reader (ed. Bilingual edition). Museum Tusculanum. ISBN 87-7289-612-4. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); |edition= has extra text (bantuan)
  • Youssef, Ahmad Abdel-Hamid (2003). From Pharaoh's Lips: Ancient Egyptian Language in the Arabic of Today. American University in Cairo Press. ISBN 977-424-708-6.
  • Tomiche, Nada. 1964. Le parler arabe du Caire. Paris: Mouton.
  • Versteegh, Kees (2001). The Arabic Language. Edinburgh: Edinburgh University Press. ISBN 0748614362.
  • Watson, Janet (2002), written at New York, The Phonology and Morphology of Arabic, Oxford University Press

Pautan luar[sunting | sunting sumber]