Bahasa Bishnupur Manipur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bahasa Bishnupriya Manipuri
ইমার ঠার/বিষ্ণুপ্রিয়া মণিপুরী Imarthar
wilayah Timur laut India, Bangladesh, Myanmar, dan beberapa buah negara yang lain
asli penutur 450,000  (tiada tarikh)
keluarga bahasa
kod bahasa
ISO 639-2 inc
ISO 639-3 bpy
 
Skrip Indic
Laman ini mengandungi teks Indic. Tanpa menjadikan sokongan anda mungkin melihat vokal janggal berposisi dan kekurangan bergabung. Lebih...

Bahasa Bishnupriya Manipur (ইমার ঠার/বিষ্ণুপ্রিয়া মণিপুরী) merupakan satu Bahasa Indo-Aryan yang dituturkan di bahagian-bahagian Assam, Tripura, dan Manipur di India, dan juga Bangladesh, Myanmar, serta beberapa buah negara yang lain. Bahasa ini berbeza daripada bahasa-bahasa Indo-Aryan yang lain seperti Bahasa Bengal, Bahasa Assam, dan Bahasa Oriya. Bahasa ini berasal dan berkembang di Manipur dan pada asalnya terbatas di sekitar Tasik Loktak. Rujukan kepada Bahasa Bishnupriya Manipuri yang terawal terdapat dalam sebuah rekod sejarah pada abad ke-18 yang bernama Khumal Purana ditulis oleh Pandit Navakhendra Sharma. Autoriti-autoriti yang lain seperti An account of the valley of Manipore oleh Col. McCullock, Descriptive Ethnology of Bengal oleh E.T. Dalton, dan Linguistic Survey of India oleh Dr. G.A. Grierson menyatakan bahawa bahasa ini telah wujud di Manipur sebelum abad ke-19. Dr. Grierson menggelari bahasa ini sebagai "Bahasa Bishnupuriya Manipuri", manakala penulis-penulis yang lain hanya memanggilnya "Bishnupriya" atau "Bahasa Bishnupriya". Tempat-tempat utama penuturan bahasa ini ketika itu kini dikenali sebagai Khangabok, Heirok, Mayang Yamphal, Bishnupur, Khunan, Ningthankhong, Ngaikhong, Thamnapoxpi, dan sebagainya.

Kebanyakan penutur bahasa ini berlari dari Manipur ke Assam, Tripura, Sylhet, dan Cachar semasa abad ke-18 dan abad ke-19 disebabkan oleh konflik dalaman antara putera-putera Manipur dan penyerangan Burma. Akhirnya, adalah sukar untuk bilangan kecil Bishnupriya yang masih tinggal di Manipur untuk mengekalkan bahasa mereka , walaupun pada tahun 1891 Dr. G.A. Grierson mendapati kewujudan penutur di dua atau tiga buah kampung dekat Bishnupur, dikenali sebagai Lamangdong di sana (LSI, Vol-V, muka surat 419). Secara perlahan bahasa ini mulai kehilangan kekukuhannya di Manipur disebabkan oleh kemajoritian Orang Meitei dan menghadapi kereputannya secara perlahan di Cachar dan Bangladesh disebabkan oleh kemajoritian penutur Bahasa Bengal. Bahasa Bishnupur Manipur masih dituturi di Jiribam (sebuah subdivisi Manipur), Cachar (satu daerah di Assam), dan beberapa penuturnya di Bangladesh dan Tripura.

Punca dan asal usul[sunting | sunting sumber]

Bahasa ini dikenali oleh penuturnya sebagai Imar Thar (ইমার ঠার ), bermaksud "Bahasa ibu saya". Mereka menggelari sendiri dan bahasa sendiri sebagai "manipuri", dan menggunakan istilah "Bishnupriya" untuk membezakan sendiri daripada suku kaum yang lain di Manipur.

Tulisan[sunting | sunting sumber]

Bishnupriya ortodoks mendakwa bahawa mereka mempunyai tulisan mereka sendiri, iaitu tulisan Devanagari, yang digunakan untuk menulis Bahasa Bishnupriya pada zaman awal. Namun pengenalan pendidikan moden semasa zaman penjajahan British melalui Bahasa Bengal, penulis Bahasa Bishnupriya Manipuri mulai menggunakan tulisan Nagari Timur.

Bahasa ini ditulis dari kiri ke kanan.

Vokal: অ আ ই ঈ উ ঊ এ ঐ ও ঔ

Tanda vokal: া ি ী ু ূ ৃ ে ৈ ো ৌ

Konsonan: ক খ গ ঘ ঙ ছ জ ঝ ঞ ট ঠ ড ঢ ণ ত থ দ ধ ন প ফ ব ম য র ল শ ষ স হ ড় ঢ় য় ৱ ং ঃ ঁ

Nombor: ০ ১ ২ ৩ ৪ ৫ ৬ ৭ ৮ ৯

Bilangan pengguna[sunting | sunting sumber]

  • 3,00,000 di Assam
  • 60,000 di Tripura
  • 60,000 di Bangladesh
  • 5,000 di Jiribam (Manipur)
  • 2,000 di Meghalaya
  • 1,000 di Arunachal Pradesh
  • 1,000 di Myanmar
  • 150 di Nagaland
  • 100 di Mizoram
  • 1,000 di New Delhi
  • 20,000 di Amerika Syarikat, UK, Kanada, Timur Tengah, dan negara-negara lain.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Wikipedia
Edisi Bahasa Bishnupur Manipur dari Wikipedia, ensiklopedia bebas

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Vasatatvar Ruprekha/ Dr. K.P. Sinha, Silchar, 1977
  2. Manipuri jaatisotta bitorko: ekti niropekkho paath /Ashim Kumar Singha, Sylhet,2001
  3. G.K. Ghose / Tribals and Their Culture in Manipur and Nagaland, 1982
  4. Raj Mohan Nath / The Background of Assamese Culture, 2nd edn, 1978
  5. Sir G. A. Grierson / Linguistic Survey of India, Vol-5,1903
  6. Dr. K.P. Sinha / An Etymological Dictionary of Bishnupriya Manipuri, 1982
  7. Dr. M. Kirti Singh / Religious developments in Manipur in the 18th and 19th centuuy, Imphal, 1980
  8. Singha, Jagat Mohan & Singha, Birendra / The Bishnupriya Manipuris & Their Language, silchar, 1976