Bahasa Cheyenne
| Bahasa Cheyenne | |
|---|---|
| Tsisinstsistots | |
| asli ke | Amerika Syarikat |
| wilayah | Montana dan Oklahoma |
| asli penceramah | ~1700 (date missing) |
| keluarga bahasa |
Algik
|
| bahasa kod | |
| ISO 639-2 | chy |
Bahasa Cheyenne (Tsėhesenėstsestotse atau dalam ejaan mudah, Tsisinstsistot) adalah bahasa anak kelahiran Amerika yang dituturkan di Montana dan Oklahoma masa kini di Amerika Syarikat.
Pengelasan[sunting]
Bahasa Cheyenne merupakan salah satu daripada bahasa-bahasa Algonquian, satu subfilum bahasa-bahasa Algic. Lebih khusus lagi, ia adalah bahasa Algonquian dataran. Bagaimanapun, bahasa Algonquian dataran yang juga merangkumi bahasa Arapaho dan bahasa Blackfoot merupakan subkumpulan kawasan dan bukannya subkumpulan genetik. Seperti dengan semua bahasa Algonquian, bahasa Cheyenne mempunyai morfologi aglutinatif yang rumit.
Taburan geografi[sunting]
Bahasa Cheyenne dituturkan di Tanah Rizab Indian Cheyenne Utara di Montana dan Oklahoma. Bahasa ini dituturkan oleh lebih kurang 1,700 orang, kebanyakannya orang dewasa.