Bahasa Cina Klasik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bahasa Cina klasik)

Bahasa Cina Klasik (Bahasa Cina: 古文; pinyin: gǔwén; secara harfiah "bahasa bertulis purba") atau Bahasa Cina Sastera (Bahasa Cina: 文言文; pinyin: wényán wén; secara harfiah "bahasa harfiah") ialah gaya tulisan Cina tradisional yang berasaskan tatabahasa dan perbendaharaan kata bahasa Cina kuno, menjadikannya berlainan daripada mana-mana bentuk bahasa Cina lisan moden. Bagaimanapun, apa-apa perbezaan antara Bahasa Cina Klasik Sastera dan Vernakular Sastera masih kabur. Bahasa Cina Klasik pernah digunakan untuk hampir segala surat-menyurat rasmi sebelum dan pada awal abad ke-20, bukan sahaja di China bahkan juga (pada zaman-zaman berbeza) di Korea, Jepun dan Vietnam. Di kalangan penutur bahasa Cina, Bahasa Cina Klasik sudah diganti oleh Bahasa Cina Vernakular (白話, báihuà), iaitu gaya penulisan yang seiringan dengan pertuturan bahasa Mandarin kini, sementara penutur bukan bahasa Cina turut menginggalkan bahasa Cina Klasik untuk menggunakan tulisan vernakular tempatan masing-masing.

Bahasa Cina Sastera dikenali sebagai Hanmun (漢文, "tulisan Han") dalam bahasa Korea; Kanbun (漢文, "tulisan Han") dalam bahasa Jepun; dan Chữ nho (字儒, "surat ilmiah") dalam bahasa Vietnam.

Definsi[sunting | sunting sumber]

Meskipun istilah-istilah Bahasa Cina Klasik dan Bahasa Cina Sastera sering digunakan seolah-olah sama ertinya, namun ini mungkin tidak tepat. Ahli-ahli sinologi secara amnya bersependapat bahawa Bahasa Cina Klasik dan Sastera itu adlaah dua perkara yang berbeza sekali.[1] Menurut kebanyakan definisi akademik, bahasa Cina Klasik (Bahasa Cina: 古文; pinyin: Gǔwén; secara harfiah "Tulisan Purba"; atau sebenarnya Bahasa Cina: 古典漢語; pinyin: Gǔdiǎn Hànyǔ; secara harfiah "Bahasa Cina Klasik") mengertikan bahasa bertulis China mulai Dinasti Zhou, dan terutamanya Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh, hingga akhir Dinasti Han. maka, bahasa Cina Klasik ialah bahasa yang digunakan dalam kebanyakan karya sastera yang paling berpengaruh di China, seperti Lunyu, Kitab Mengzi dan Daodejing. (Bahasa dalam catatan-catatan yang lebih lama, seperti Shijing, kadang-kadang dipanggil Bahasa Cina kuno.)

Bahasa Cina Sastera (Bahasa Cina: 文言文; pinyin: Wényánwén; secara harfiah "Tulisan Sastera", atau disingkatkan menjadi Bahasa Cina: 文言; pinyin: Wényán) ialah bentuk tulisan Cina yang digunakan sejak akhir Dinasti Han hingga awal abad ke-20 ketika diganti oleh tulisan vernakular (Baihua). Bahasa Cina Sastera makin lama makin menyimpang dari Bahasa Cina Klasik selagi dialek-dialek di China makin banyak makin berbeza dan selagi bahasa bertulis Klasik makin kurang padan dengan pertuturan bahasa. Pada masa yang sama, Bahasa Cina Sastera banyak berasaskan bahasa Klasik, dan para pengarang kerap meminjam istilah dari bahasa Klasik ke dalam karangan bahasa Sastera mereka. Maka, Bahasa Cina Klasik banyak menunjukkan keserupaan kepada Bahasa Cina Klasik, namun keserupaan ini semakin pudar selama berabad-abad.

Situasi ini, iaitu penggunaan bahasa Cina Sastera di seluruh lingkungan kebudayaan Cina walaupun wujudnya berbagai-bagai bahasa vernakular setempat, boleh dibandingkan dengan kewujudan bersama bahasa Latin universal dengan bahasa-bahasa Romance keturunan Latin yang lebih bersifat setempat di Eropah, serta juga peranan bahasa Arab Klasik berbanding pelbagai bahasa vernakular setempat di tanah-tanah Arab. Bahasa-bahasa Romance terus berevolusi, mempengaruhi catatan-catatan Latin pada zaman yang sama, jadi menjelang Zaman Pertengahan, bahasa Latin merangkumi banyak penggunaan yang mampu membingungkan orang Rom Purba. Kewujudan bersama bahasa Cina Klasik dan bahasa-bahasa setempat Korea, Jepun, dan Vietnam boleh disamakan dengan penggunaan bahasa Latin di negara-negara yang bertutur dalam bahasa-bahasa Jermanik atau Slavik yang bukan keturunan Latin, ataupun peranan bahasa Arab di Parsi dan India.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jerry Norman (1988). Chinese. Cambridge University Press. m/s. 83–84. ISBN 0521296536. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)