Bahasa Isyarat British

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bahasa Isyarat British
British Sign Language (BSL)
asli ke United Kingdom
asli penutur Lebih 50,000 penutur bahasa ibunda  (tiada tarikh)
keluarga bahasa
BANZSL
  • Bahasa Isyarat British
kod bahasa
ISO 639-2 sgn-GB
ISO 639-3 bfi

Bahasa Isyarat British (BSL) merupakan bahasa isyarat yang digunakan di United Kingdom. Ia merupakan bahasa ibunda antara 70,000 hingga 250,000 orang tuli di UK. Bahasa ini melibatkan pergerakan tangan, badan, muka dan kepala. Beribu-ribu orang bukan tuli juga menggunakan bahasa ini, termasuk saudara orang tuli, jurubahasa atau orang yang berhubung dengan masyarakat tuli.

Hubungan dengan bahasa isyarat lain[sunting | sunting sumber]

Walaupun bahasa Inggeris dituturkan di Amerika Syarikat dan United Kingdom, BSL dan Bahasa Isyarat Amerika Syarikat sebenarnya agak berbeza. Abjad tangan British juga tidak sama dengan abjad tangan Amerika Syarikat, ia menggunakan dua tangan manakala ASL menggunakan satu tangan sahaja.

BSL juga tidak sama dengan Bahasa Inggeris Isyarat, iaitu satu kaedah menggunakan tangan bertutur dalam bahasa Inggeris.

Namun, BSL mempunyai persamaan dengan Auslan (bahasa isyarat Australia) dan Bahasa Isyarat New Zealand. Mereka menggunakan abjad tangan, tatabahasa dan leksikon yang sama. Ketiga-tiga bahasa isyarat ini boleh digabungkan dan dipanggil BANZSL.

Penutur BSL telah lama berkempen untuk memujuk kerajaan United Kingdom untuk mengiktiraf BSL sebagai bahasa yang mempunyai status yang sama seperti bahasa Wales, bahasa Gaelik Scotland dan bahasa Ireland. BSL diiktiraf sebagai suatu bahasa pada 18 Mac 2003, tetapi tidak sebagai bahasa rasmi. Oleh itu, ia tidak mempunyai perlindungan undang-undang.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

BSL mempunyai pelbagai loghat (dialek) serantau. Sebagai contoh, isyarat yang digunakan di Scotland tidak selalunya difahami oleh penutur selatan England. Ada juga isyarat yang bersifat kebandaran, dan hanya digunakan di satu bandar. Selain itu, isyarat lama kadang kala akan diberhentikan penggunaannya, seperti juga bahasa tuturan yang lain.

Belajar BSL[sunting | sunting sumber]

BSL boleh dipelajari di seluruh UK dan mempunyai tiga sistem peperiksaan. Kursus-kursus BSL disediakan oleh kolej komuniti, pusat tempatan orang tuli dan pertubuhan swasta.

Council for the Advancement of Deaf People (CACDP) menetapkan tahap kelayakan seperti berikut:

  • Tahap I - Asas (Level I - Elementary)
  • Tahap II - Petengahan (Level II - Intermediate)
  • NVQ 3 - Tinggi (NVQ 3 - Advanced)
  • NVQ 4 - Penterjemah (NVQ 4 -English Interpreting)

British Deaf Association (Persatuan Tuli British) telah menubuhkan Akademi BSL (BSL Academy) untuk menyediakan kurikulum BSL serta pengajar BSL rasmi.

Di Scotland, terdapat Scottish Qualifications Authority (SQA), iaitu satu sistem pengajaran dan pembelajaran BSL. Terdapat tiga tahap dalam sistem BSL:

  • Pengenalan kepada BSL (Introduction to BSL)
  • BSL Tahap 1 (BSL Level 1)
  • BSL Tahap 2 (BSL Level 2)

Menjadi seorang jurubahasa BSL/Bahasa Inggeris[sunting | sunting sumber]

Pemohonan untuk status rendah (junior), pelatih (trainee) atau MRSLI (Member of the Register of Sign Language Interpreters) dikendali oleh Panel Pendaftaran Bebas (Independent Registration Panel). Pemohon mesti mempunyai kemahiran bahasa Inggeris dan BSL yang tinggi supaya dapat menterjemah maklumat dari bahasa Inggeris ke BSL dan sebaliknya dengan cepat dan tepat.

Persatuan Jurubahasa Isyarat (Association of Sign Language Interpreters) menyediakan seminar, kumpulan serantau dan rancangan pemantauan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]