Bahasa Isyarat Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Isyarat Malaysia
Bahasa Isyarat Malaysia, BIM
Asli kepadaMalaysia
Kod bahasa
ISO 639-2sgn-MY
ISO 639-3xml

Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) merupakan bahasa isyarat yang digunakan harian di kebanyakan tempat di Malaysia. BIM memiliki banyak loghat, berbeza antara negeri dengan negeri.

Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) ialah bahasa yang tulen bagi orang pekak di Malaysia. BIM juga merupakan bahasa ibunda dan bahasa isyarat istimewa bagi golongan pekak Malaysia. Dalam Akta OKU 2008, telah dinyatakan bahawa BIM adalah bahasa rasmi bagi komuniti pekak di Malaysia.

Bahasa isyarat di Malaysia telah berkembang sejak tahun 60an, pada awalnya, komuniti ini menggunakan Bahasa Isyarat Amerika (ASL), kemudian telah diadaptasi agar sesuai digunakan di Malaysia.

Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) merupakan satu bahasa yang tidak mengikut tatabahasa dari mana-mana bahasa yang wujud di dunia ini, yakni tidak mengikut struktur bahasa Inggeris mahupun bahasa Melayu. BIM mempunyai tatabahasanya yang tersendiri yang mana ianya lebih menjurus kepada apa yang boleh dilihat oleh orang pekak itu sendiri. Tidak dinafikan bahawa BIM ini tidak sesuai dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa samada bahasa inggeris mahupun bahasa Melayu. Walaupun begitu penggunaan BIM amat berguna untuk memudahkan pemahaman orang pekak.

Berikut adalah tatabahasa yang biasa digunakan oleh komuniti Pekak di Malaysia;

s - subjek, o- objek, v- verb (perbuatan)

ov - nasi makan... vo - makan nasi... sov - ali nasi makan... svo - ali makan nasi... osv - nasi ali makan...

Bahasa Isyarat Malaysia wujud apabila Persatuan Orang Pekak Malaysia "Malaysian Federation of the Deaf" ditubuhkan pada 1997 dan kegunaannya dikembangkan dikalangan pemimpin pekak dan peserta. ASL mempunyai pengaruh kuat pada BIM, tetapi kedua-duanya dianggap bahasa berbeza. BIM kemudiannya menjadi asas bagi bahasa isyarat indonesia.

Kod Tangan Bahasa Malaysia dicipta bagi para bahasa dan pendidik dengar antara 1980 dan 1986 dan kekal satu-satunya kod yang diakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahasa isyarat Malaysia yang mendahului BIM adalah Bahasa Isyarat Pulau Pinang (Penang Sign, PSL) dan Bahasa Isyarat Selangor (juga dikenali sebagai Bahasa Isyarat Kuala Lumpur, SSL atau KLSL). Tambahan lagi, setiap keluarga kanak-kanak cacat memiliki isyarat yang dikenali isyarat di rumah bagi komunikasi gerak tangan. Kegunaan isyarat di rumah dikalangan peranakan atau etnik Cina mungkin punca pertikaian kononnya terdapat pengaruh bahasa isyarat Cina, yang tidak didokumen dan kemungkinannya berasaskan sterotaip ethnik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]