Bahasa Jawa Lama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bahasa Jawa Lama
Bhāṣa Jawa
wilayah Jawa Tengah, Jawa Timur, Madura, dan Bali
pupus Berkembang menjadi Bahasa Jawa Pertengahan menjelang abad ke-13
keluarga bahasa
Bahasa Austronesia
kod bahasa
ISO 639-2
ISO 639-3

Bahasa Jawa Lama ialah bahasa Jawa fasa tertua yang dituturkan di kawasan yang kini dikenali sebagai Jawa Tengah dan seluruh Jawa Timur. Ia merupakan salah satu bahasa Polinesia-Melayu Barat dan justera, adalah agak serupa dengan bahasa Melayu Lama.

Sedangkan bukti tulisan bahasa Jawa Lama yang terawal merupakan "prasasti Tarumanegara" Sanskrit yang wujud sejak 450 Masihi di Jawa, contoh tertua yang ditulis pada keseluruhannya dalam bahasa Jawa ialah "prasasti Sukabumi" yang bertarikh 25 Mac 804. Prasasti ini yang ditemui di kecamatan Pare, Kabupaten Kediri di Jawa Timur sebenarnya merupakan salinan daripada versi asal yang wujud sekitar 120 tahun lebih awal lagi; hanya salinan ini masih wujud. Kandungannya adalah berkenaan dengan pembinaan sebuah empangan di sebatang terusan pengairan berhampiran Sungai Śrī Hariñjing (Srinjing kini). Prasasti ini merupakan jenisnya yang terakhir yang ditulis dalam tulisan Pallava, dengan kesemua contoh yang kemudian ditulis dalam tulisan Jawa (Hanacaraka).

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Bahasa Jawa Lama tidaklah statik, dengan penggunaanya merangkumi zaman sekitar 500 tahun, iaitu sejak prasasti Sukabumi (kk. 804 Masihi) sehingga pengasasan empayar Majapahit pada 1292. Bahasa Jawa yang dituturkan dan ditulis pada zaman Majapahit adalah lebih rapat dengan bahasa Jawa Moden kerana telah menjalani sesetengah perubahan.

Asal Austronesia[sunting | sunting sumber]

Pengaruh bahasa Austronesia yang paling penting kepada Bahasa Jawa Lama ialah warisan perbendaharaan kata, struktur ayat, dan tatabahasa yang dikongsiknya dengan bahasa-bahasa menjadi di Asia Tenggara.

Pengaruh Sanskrit[sunting | sunting sumber]

Pengaruh linguistik India pada bahasa Jawa Lama hampir merupakan pengaruh Sanskrit pada keseluruhannya, dengan hampir tidak terdapatnya sebarang pengaruh unsur India bukan Sanskrit, berbanding dengan, misalnya, bahasa Melayu Lama.

Bahasa Sanskrit mempunyai kesan yang mendalam dan abadi pada perbendaharaan kata bahasa Jawa. Kamus bahasa Jawa - bahasa Inggeris yang disusun oleh profesor P.J. Zoetmulder pada tahun 1982 mengandungi sekitar 25,500 kata masukan, dengan tidak kurang daripada 12,500 (49%) antaranya merupakan kata pinjaman Sanskrit. Jelasnya, jumlah yang besar itu tidak merupakan petunjuk kepada penggunaannya, tetapi ia masih menunjukkan bahawa orang Jawa Kuno tahu akan perkataan Sanskrit itu dan menggunakannya dalam karya kesusasteraan mereka. Sekitar 25% daripada perbendaharaan kata di dalam mana-mana satu karya kesusasteraan Jawa Lama berasal daripada bahasa Sanskrit.

Fonologi[sunting | sunting sumber]

Walaupun bahasa Sanskrit amat sangat mempengaruhi bahasa Jawa Lama, bahasa Jawa Lama tetap merupakan sebuah bahasa Austronesia. Sesungguhnya, bahasa Sanskrit masih mempengaruhi bukan sahaja perbendaharaan kata Jawa Lama, tetapi juga fonologinya. Misalnya, bahasa Jawa mengandungi apa yang digelar konsonan gelungan yang mungkin berasal daripada bahasa Sanskrit. Bagaimanapun, dakwaan itu telah dipertikaikan oleh banyak ahli linguistik yang memegang pandangan bahawa konsonan tersebut dapat juga merupakan suatu perkembangan yang berasingan dalam keluarga bahasa Austronesia.

Perbendaharaan kata[sunting | sunting sumber]

Satu soalan berkait ialah bentuk kata Sanskrit yang dipinjam oleh bahasa Jawa Lama. Kata pinjaman Sanskrit dalam bahasa Jawa Lama hampir selalu merupakan kata nama dan kata sifat dalam bentuk yang akhir katanya tidak berubah (Sanskrit lingga). Sebuah senarai kata yang mengandungi 200 perkataan asas Jawa Lama dan yang memiliki sebilangan kata pinjaman tersebut disediakan di Pangkalan Data Perbendaharaan Kata Asas.

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • (Belanda) Petrus Josephus Zoetmulder, 1950, De Taal van het Adiparwa, Bandung: Nix
  • (Inggeris) Petrus Josephus Zoetmulder, 1982, Old Javanese-English Dictionary, The Hague: Martinus Nijhoff. 2 v. (xxxi, 2368 p.) In collaboration with S.O. Robson. ISBN 9024761786
  • (Indonesian) Petrus Josephus Zoetmulder, 1995, Kamus Jawa Kuna-Indonesia In collaboration with S.O Robson. Translators, Darusuprapta, Sumarti Suprayitna. Jakarta: Hasil kerja sama Perwakilan Koninklijk Instituut voor Taal, Land-, en Volkenkunde dengan Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama, 1995. 2 v. ; 1. A-0 -- 2. P-Y.
  • (Inggeris) Teeuw, A. and S.O. Robson.2005 edited and translated Bhomāntaka : the death of Bhoma Leiden: KITLV Press, Series:Bibliotheca Indonesica; 32. ISBN 9067182532

Lihat juga[sunting | sunting sumber]