Bahasa Kantonis

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Bahasa Kantonis
廣東話 gwong2 dung1 wa2
Yut6yu5
Dituturkan di: Selatan China, Hong Kong, Macau, Malaysia Sabah Sandakan, Kuala Lumpur, Kanada, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan negara lain. 
Rantau: tengah Guangdong; Pearl River Delta; timur dan selatan Guangxi; bahagian Hainan
Bil. penutur: 66 juta [1] 
Kedudukan: 16
Keluarga bahasa:   Sino-Tibet
 Cina
  Bahasa Kantonis 
Status rasmi
Bahasa rasmi: Hong Kong KPK dan Macau KPK dari RRC
Dikawal oleh: tiada pengawalan rasmi
Kod bahasa
ISO 639-1: zh
ISO 639-2: chi (B)  zho (T)
ISO 639-3: yue — [[]] 

Bahasa Kantonis ialah salah satu daripada loghat dalam bahasa Cina. Ia dipertuturkan secara meluas di tenggara tanah besar China, Hong Kong, Macau, oleh golongan minoriti Cina di Asia Tenggara dan ramai orang Cina seberang laut di seluruh dunia. Khasnya di Malaysia, kebanyakan orang cina yang menuturkan bahasa Kantonis tertumpu di Lembah Klang dan negeri Perak. Nama bahasa Kantonis diambil daripada Canton, sempena nama lama bandar Guangdong. Dalam bahasa Kantonis sendiri, ia dikenali sebagai 廣東話 (gwong2 dung1 wa2) ataupun 廣府話 (gwong2 fu2 wa2) yang secara harfiah bermaksud dialek Guangdong/dialek Guangzhou. Pihak kerajaan negara China mengklasifikasikan bahasa Kantonis sebagai dialek/loghat (方言) dan bukan sebagai bahasa sebenar dalam usahanya menggalakkan pengunaan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan negara itu. Namun, dari segi bidang kaji bahasa, bahasa Kantonis boleh dikira suatu bahasa tulen kerana bahasa Kantonis dan bahasa Mandarin mempunyai jurang yang besar sehingga tidak saling boleh difahami.

[sunting] Nada

Seperti bahasa/dialek cina yang lain, Kantonis merupakan bahasa berasaskan nada. Penulisan sejarah mengenai Kantonis mencatatkan 9 nada dalam Kantonis. Namun terpulang kepada pandangan individu, angka ini sering dipertikaikan. Jadual di bawah menunjukkan nada-nada bahasa Kantonis

Nama nada Yīn Píng
(陰平)
Yīn Shàng
(陰上)
Yīn Qù
(陰去)
Yáng Píng
(陽平)
Yáng Shàng
(陽上)
Yáng Qù
(陽去)
Yīn Rù
(陰入)
Zhōng Rù
(中入)
Yáng Rù
(陽入)
Nombor Nada 1 2 3 4 5 6 1 (7) 3 (8) 6 (9)
Kontur 55 / 53 35 33 22 / 21 13 22 5 3 2
Contoh
Perumian fan1 fan2 fan3 fan4 fan5 fan6 fat1 faat3 fat6



Alatan peribadi