Bahasa Kawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bahasa Kawi
Bhāṣa Kawi
asli ke Jawa, Bali, Madura, Lombok, Indonesia; Filipina
wilayah Kepulauan Melayu
pupus bahasa kesusasteraan,
keluarga bahasa
kod bahasa
ISO 639-2 kaw
ISO 639-3 kaw

Kawi (daripada Bahasa Sanskrit: kavi, "pemuisi") merupakan satu bahasa dari kepulauan Jawa, Bali, dan Lombok. Bahasa ini sebenarnya suatu bahasa kesusasteraan yang berdasarkan pada Bahasa Jawa Kuno, tetapi mempunyai banyak perkataan pinjaman daripada Bahasa Sanskrit.

Bahasa ini mempunyai tulisan yang unik, termasuk Kawi Kuno dan Tulisan Bali, satu tulisan yang berkembang daripada tulisan Pallava. Bahasa Kawi telah pupus sebagai satu bahasa penuturan, namun masih digunakan di Bali, Lombok dan ke tahap yang tertentu di Jawa sebagai satu bahasa kesusasteraan. Bahasa ini juga merupakan bahasa utama dalam amalan budaya Lombok membaca dan menulis kerja sastera pada daun lontar.

Salah satu buku yang ditulis dalam Bahasa Kawi yang telah mempengaruhi dunia ialah Susila Buddhi Dharma. Buku ini ditulis oleh Muhammad Subuh Sumohadiwidjojo, pengasas Subud. Dalam kerja ini, beliau memberikan kefahaman dasar dalam latihan kejiwaan, yang beliau telah menerima secara spontan dan menyebarkan kepada sesiapa yang minat. Latihan ini telah dijalankan di lebih daripada 80 buah negara di dunia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Teselkin, Old Javanese (Kawi)
  • Zurbuchen, Introduction to Old Javanese Language and Literature: A Kawi Prose Anthology

Pautan luar[sunting | sunting sumber]