Bahasa Nepal Bhasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nepal Bhasa
नेपाल भाषा
asli ke Nepal, India, Bhutan
wilayah Asia Selatan
asli penutur 1 juta ang.  (tiada tarikh)
keluarga bahasa
Sistem penulisan Skrip Devanagari, skrip Ranjana, skrip Prachalit, skrip Brahmi, skrip Gupta, skrip Bhujimol, skrip Golmol
kod bahasa
ISO 639-2 new
ISO 639-3 new

Bahasa Nepal Bhasa (नेपाल भाषा) ialah salah satu daripada bahasa-bahasa utama Nepal. Ia merupakan salah satu daripada lebih kurang lima ratus bahasa dalam keluarga bahasa China-Tibet dan tergolong dalam cabang Tibet-Myanmar keluarga bahasa ini. Bahasa ini adalah satu-satunya bahasa Tibet-Myanmar yang ditulis dengan skrip Devanāgarī dan dituturkan terutamanya oleh orang-orang Newar yang kebanyakannya tinggal di bandar-bandar Lembah Kathmandu.

Fakta dan angka[sunting | sunting sumber]

Kawasan[sunting | sunting sumber]

  • Di Nepal: Lembah Kathmandu, Dolakha, Banepa, Dhulikhel, Panauti, Palpa, Trishuli, Nuwakot, Bhojpur, Biratnagar dan bandar raya utama yang lain.
  • Di India: Sikkim, Bengal Barat, Bettiah, Andamans3
  • Di Tibet: Khasa

Bilangan penutur[sunting | sunting sumber]

Lebih kurang 1,000,000 di Nepal, menurut banci 1991, dan beberapa ribu di luar Nepal.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bahasa Newari Klasik ialah nama bentuk kesusasteraan pra-1850 bagi bahasa ini. Ia tidak lagi dituturkan atau ditulis, tetapi merupakan sumber bahasa yang penting untuk para ahli sejarah serta ahli filologi.

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Bahasa Nepal Bhasa adalah antara bahasa-bahasa Tibet-Myanmar yang paling dipengaruhi oleh bahasa India dan telah mempunyai hubungan dengan bahasa-bahasa India-Iran yang berjiran selama berabad-abad sehingga ia juga mengembangkan fleksi kata nama, suatu sifat yang tipikal bagi keluarga bahasa Indo-Eropah, tetapi amat jarang didapati dalam bahasa-bahasa China-Tibet. Ia juga menyerap ciri-ciri bahasa yang lain, seperti kala. Pengaruh-pengaruh ini merupakan contoh cemerlang bagi sifat asas sesuatu bahasa yang disampaikan melalui hubungan bahasa.