Bahasa Rejang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rejang
Asli kepadaIndonesia
KawasanBarat daya Sumatera
Penutur bahasa
e17
Kod bahasa
ISO 639-3rej

Bahasa Rejang adalah bahasa yang digunakan di sekitar Bengkulu, Indonesia. Bahasa ini mempunyai abjad tersendiri yang dikenali sebagai abjad Rejang.

Abjad Rejang.

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Bahasa Rejang tidak hampir sama dengan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia. McGinn (2009) telah mengelaskan bahasa ini di antara bahasa Bidayuh dari Borneo, serta dekat dengan bahasa Bukar Sadong.[1] Terdapat pandangan yang mengatakan bahasa ini mempunyai kaitan dengan bahasa baharu iaitu bahasa Nasal.[2]

Bahasa Rejang mempunyai dialek yang berbeza di antara daerah, seperti dialek Lebong di Bengkulu Utara, dan dialek Kepahiang. Terdapat perbezaan pada loghat dan pengucapan.

  • Contoh:
lak (Rejang Kepahiang) > lok (Rejang Lebong) = mahu
bei (Rejang Kepahiang) > slawei (Rejang Lebong) = wanita

Terdapat pelbagai istilah yang berbeza dalam bahasa Rejang, bergantung kepada daerah dan dialek Rejang. Selain itu, daerah Kepahiang mempunyai pelbagai kumpulan, termasuklah Rejang Merigi, Rejang Taba, Rejang Batu Bandung, Rejang Keban Agung, serta banyak lagi.

Terjemahan istilah[sunting | sunting sumber]

Bahasa Rejang memiliki tiga kelompok dialek iaitu Lebong, Curup, dan Kepahiang. Senarai di bawah menunjukkan perbezaan beberapa kosa kata di antara kelompok dialek Rejang.

Bahasa Melayu Dialek Lebong Dialek Curup Dialek Kepahiang
nasi mei mie mea
berkahwin betunok betunak betunak
teledu telgaw telgew telgew
lema lemea lema lema
desa sadei sadie sadea
sarung so'ong so'ong sohong
tinja taktoi taktei taktea
kepala ulaw ulew ulew
badan awok awak awak
jari ji’ai ji’ei jihei
mata matai matei matei
telinga ti'uk ti'uk tihuk
leher ka’gen ka’gen kahgen
lidah dileak dileak dileah
testis labaw labew labew
ketiak bea' gelpeak bea' gelpeak beah gelpeah
bahu ba’aw ba’ew bahew
bibir bibia bebea bibih
perut tenai tenei tenea
tempoyak puyok asem tepuyak
ular tedung edung nopoe
dodol pujuak pojoak glamai
topi tudung tudung tuguk
lauk lapen lapen gulea
lelaki semanai semanei sebong
perempuan selawie selawei bea

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ McGinn, Richard (2009) "Out-of-Borneo subgrouping hypothesis for Rejang".[1] Diarkibkan 2014-01-02 di Wayback Machine In Adelaar & Pawley, eds, Austronesian historical linguistics and culture history
  2. ^ [2]