Bahasa Wales

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Welsh
Cymraeg 
Sebutan: IPA: [kəmˈrɑːɨɡ]
Dituturkan di: Wales, England, Argentina (Chubut), Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand
Bil. penutur: 750,000+:
Bendera Wales Wales: 611,000[1]
Bendera England England: 133,000[2]
Bendera Argentina Argentina (Chubut): 25,000[3]
Bendera Kanada Kanada: 3,160[4]
Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat: 2,655[5]
Bendera New Zealand New Zealand: 1,155[6]
Bendera Australia Australia: 1,060[7]
Keluarga bahasa:   Indo-Eropah
 Celt
  Celt Insular
   Britonik
    Welsh 
Sistem tulisan: Abjad Rumi (Varian Wales
Status rasmi
Bahasa rasmi: Wales
Dikawal oleh: tiada pengawalan rasmi
Kod bahasa
ISO 639-1: cy
ISO 639-2: wel (B)  cym (T)
ISO 639-3: cym 
Peratusan penutur bahasa Wales mengikut kawasan
 

Bahasa Wales (Cymraeg atau y Gymraeg, disebut [kəmˈrɑːɨɡ] dan [ə ɡəmˈrɑːɨɡ]), ialah satu bahasa yang tergolong dalam cabang Britonik dari bahasa-bahasa Celt yang berasal dari Wales (Cymru). Penutur bahasa Wales wujud di seluruh dunia, terutamanya di Great Britain, Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, dan juga sebuah kawasan petempatan bangsa Wales di Lembah Chubut di Patagonia Argentina.

Perangkaan banci terkini (2001) yang dibentangkan dalam laporan "Main Statistics about Welsh"[8] oleh Lembaga Bahasa Wales, menunjukkan bahawa 582,400 orang (20.8% dari seluruh penduduk Wales di rumah tangga atau penubuhan komunal) mampu bertutur dalam bahasa Wales, yang mana 457,946 orang (16.3%) boleh menutur, membaca dan menulis bahasa berkenaan, dibandingkan dengan 508,100 orang (18.7%) pada tahun 1991. Peluasan bahasa Inggeris telah mengakibatkan kemerosotan penutur bahasa Wales. Semenjak wujudnya Akta Bahasa Wales 1993 yang menyamakan taraf bahasa Wales dengan bahasa Inggeris dalam sektor awam di Wales, bahasa Wales berjaya dibangkitkan semula.

Hasil kaji selidik "2004 Welsh Language Use Survey" menunjukkan bahawa terdapat 611,000 penutur bahasa Wales di Wales (21.7% dari seluruh penduduk yang tinggal di rumah tangga), 62% mengaku bertutur bahasa Wales seharian, dan 88% daripada yang fasih berbahasa Wales menuturinya setiap hari.[8]

Perangkaan tahun 2004 dan 2001 ini menggambarkan bahawa kira-kira 14% penduduk Wales mengaku berbahasa Wales secara seharian. Sebenarnya, perangkaan ini dipetik dari kaji selidik pantauan, lebih-lebih lagi kefasihan penduduk tidak diuji, namun tahun kefasihan dalam pantauan 2004 (berbanding pantauan 1992) lebih menonjol dalam golongan usia 3-15 tahun (p.9), tambahan pula penyumbang utama peningkatan ini datang dari kawasan Tenggara (p.10); golongan-golongan selebihnya pula semakin kurang fasih.

[sunting] Catatan

[sunting] Pautan luar

Wikipedia
Edisi Bahasa Wales dari Wikipedia, ensiklopedia bebas
Commons-logo.svg
Wikimedia Commons mempunyai media mengenai: