Baju bodo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gadis dari Makassar mengenakan baju bodo (tahun 1930-an?)

Baju bodo adalah baju tradisional orang Bugis dan Makassar khas bagi kaum wanita. Baju bodo berbentuk segi empat dan tidak berlengan. Kain yang digunakan untuk membuat baju bodo selalunya adalah dari jenis kain yang jarang.

Menurut adat Bugis, setiap warna baju bodo yang dipakai oleh wanita melambangkan usia ataupun darjat pemakainya[1]

Warna Makna
Jingga dipakai oleh kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun.
Jingga dan merah digunakan oleh gadis berumur 10-14 tahun.
Merah bagi wanita berumur 17-25 tahun.
Putih digunakan oleh para inang dan dukun.
Hijau khas untuk wanita berketurunan bangsawan
Ungu dipakai oleh para janda.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. .Gita (Mei 2008). "Baju Bodo/Baju Tokko". Lembaga Seni Budaya Teluk Bone. Diperoleh pada 2008-7-08.