Baker Street

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Baker Street
Baker Street Sign.jpg
Road number UK road A41.svg Part of the A41 road
Lokasi Westminster, London, UK
Length (mi) 1.5 batu (2.4 km)
Arahan Utara
Bermula Taman Regent
Berakhir Jalan Oxford
Landmarks Stesen tiub Baker Street, Apple Boutique, Selfridges
Known for Beli-belah; Kediaman Sherlock Homes; Rompakan Baker Street

Baker Street ialah sebatang jalan di daerah Marylebone City of Westminster di London. Ia membentuk sebahagian dari A41. Ia termasyhur dengan kaitannya dengan detektif fiksyen Sherlock Holmes, yang tinggal di 221B Baker Street, suatu alamat yang sebenarnya tidak wujud pada zaman Sherlock Holmes (alamat itu kini meletakkan bangunan "muzium Sherlock Holmes"). Jalan ini dinamakan bersempena pembina William Baker yang meletakkan jalan ini pada kurun kelapanbelas. Ia terdahulunya suatu alamat tempat kediaman, tetapi kini diduduki oleh premis komersil.

94 Baker Street, dulu Apple Boutique.

Baker St berada dalam kawasan poskod NW1/W1 dan adalah sebuah jalan raya sibuk. Ia menganjur ke selatan dari Taman Regent, persimpangan dengan Park Road, selari dengan Gloucester Place, menyimpang dengan Marylebone Road, York Street, Portman Square dan Wigmore Street. Di persimpangan dengan Wigmore St, Baker St menembung ke dalam Orchard Street, yang berakhir apabila ia bersimpang dengan Jalan Oxford.

Jalan ini dikhidmat oleh London Underground dengan stesen tiub Baker Street; di sebelah stesen adalah pejabat harta milik hilang Transport for London. Baker Street Station adalah stesen bawah tanah pertama di dunia.

Suatu rompakan besar cawangan Lloyds Bank terjadi di Baker Street pada 1971.

Selfridges, suatu gedung serbaneka mercu tanda berada di sudut Jalan Baker dan Oxford.

Penghuni terkenal[sunting | sunting sumber]

55 Baker Street

Pada 1835, pameran tetap pertama waxworks Madame Tussauds telah dibuka di Baker St. Muzium dipindahkan, hanya di sudut, dengan Marylebone Road pada 1884.

Pada 1940 ibu pejabat Special Operations Executive dipindahkan ke 64 Baker Street, pejabat Marks and Spencer; mereka sering digelarkan "Baker Street Irregulars" after Sherlock Holmes's gang of street urchins of the same name.

Apple Boutique The Beatles terletak di 94 Baker Street dari 7 Disember 1967 hingga 30 Julai 1968.

Ibu pejebat Marks and Spencer, berkanya pemilik rantai terbesar UK, berada di "Michael House" (dinamakan selari dengan jenama "St Michael" kumpulan tersebut) di Baker Street untuk beberapa tahun hingga syarikat memindahnya ke Paddington Basin pada 2004. Ini adalah salah satu bangunan korporat terkenal di UK. Ia dianggapkan bahawa Michael House aka diruntuhkan dan digantikan dengan pembangunan kegunaan campuran baru.

Penyanyi British Dusty Springfield menetap di Baker St pada zaman 1960.

Rujukan media[sunting | sunting sumber]

Dalam fiksyen, Sherlock Holmes, Danger Mouse, Sexton Blake, Basil the Great Mouse Detective dan James Black (Case Closed) telah semua menetap di sepanjang jalan ini.

"Baker Street" adalah sebuah lagu oleh Gerry Rafferty, dikeluarkan pada 1978. Dia juga mengeluarkan sebuah album berjudul Baker Street.

Filem 2008, The Bank Job berasaskan 1971 robbery dari Lloyds Bank di Baker Street.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 51°31′12″N 0°09′24″W / 51.5200°U 0.1566°B / 51.5200; -0.1566