Bakso

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Bebola daging
Bakso
Semangkuk mi bakso

Bakso ialah sejenis makanan Indonesia yang merupakan bebola daging. Bakso biasanya dibuat daripada campuran daging lembu dan tepung ubi kayu, tetapi boleh juga dibuat daripada daging ayam, ikan atau udang. Biasanya bakso disediakan dalam sup lembu dengan mi kuning atau bihun dan mengandungi sayur jeruk, taufu, kailan, taugeh, Siomai (sejenis Dim Sum), kulit Wanton goreng dan dihidangkan bersama bawang goreng dan daun saderi. Bakso boleh didapati di seluruh Indonesia dan dijual oleh penjaja dan restoran. Kini bakso juga dijual dalam bentuk makanan beku yang senang didapati di pasaraya di seluruh Indonesia. Bakso boleh juga dihiris dan dimasak dalam masakan mi goreng, nasi goreng atau Cap Cai (sayur campur).

Bakso dipercayai berasal daripada masakan peranakan Tionghoa Indonesia. Kini terdapat dua jenis bakso yang terkenal iaitu Bakso Solo dan Bakso Malang. Bakso Solo berasal dari Jawa Tengah manakala Bakso Malang berasal dari Jawa Timur.