Bakuman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bakuman
KomikBakuman1.jpg
バクマン。
Genre Liku kehidupan, cinta, komedi


Manga
Pengarang Tsugumi Ohba
Pelukis Takeshi Obata
Penerbit Bendera Jepun Shueisha
Penerbit Inggeris Bendera United Kingdom Bendera Amerika Syarikat Shueisha
Demografi Shōnen
Diterbitkan Bendera Jepun 8 Ogos 2008 - kini
Bendera Korea Selatan 2008 - kini
Bendera Republik China 27 Ogos 2008 - kini
TV anime
Pengarah Kenichi Kasai, Noriaki Akitaya
Penulis Reiko Yoshida
Studio J.C.Staff
Network NHK
Siaran asal Musim luruh 2010Musim bunga 2011
Episod-episod 25
Portal Anime dan Manga

Bakuman (バクマン。?) ialah sebuah manga shōnen siri lukisan Obata Takeshi dan dikarang oleh Ohba Tsugumi yang juga merupakan pengkarya bagi manga Death Note. Bakuman terbentuk daripada dua kata iaitu "letupan" 爆発 (Bakuhatsu?) dan "komik" 漫画 (Manga?). Separuh daripada kata-kata tersebut diambil dan membentuk pormanteau "Baku-man". Siri ini mengisahkan pelukis berbakat Moritaka Mashiro dan penulis bercita-cita tinggi Takagi Akito, dua remaja sekolah yang ingin menjadi mangaka.

Bab pertama dilancarkan di Jepun pada 11 Ogos 2008 di dalam majalah Weekly Shonen Jump.[1] Jilid pertama dikeluarkan pada tarikh 5 Januari 2009 dan pada 4 November 2009 (2009 -11-04), lima novel grafik telah dikeluarkan. Selama dua minggu pertama keluaran, novel grafik pertama berjaya menduduki tempat keempat dan kesembilan dalam jualan manga di Jepun. Ia juga merupakan manga pertama yang diterbitkan secara langsung oleh Shueisha dalam pelbagai bahasa sebelum ada dalam cetakan di luar Jepun. Semasa Comic-Con International 2009 San Diego, Viz Media mengumumkan bahawa mereka telah melesenkan hak cipta siri ini bagi majalah Shonen Jump di negara Barat.

25-episod anime siri televisyen telah diumumkan, untuk mula disiarkan di NHK pada tahun 2010.

Isi kandungan

[sunting] Plot

Plot bermula apabila Moritaka Mashiro, seorang pelajar SMP, tertinggal buku nota di dalam kelas. Rakan sekelas, Akito Takagi, menyedari lukisan Mashiro di dalamnya dan meminta beliau untuk menjadi seorang artis cerita manga. Mashiro menolak, menyebut bekas bapa saudaranya, seorang mangaka, yang mati kerana terlalu kuat bekerja. Takagi mengapikan Mashiro untuk bertemu dengan Miho Azuki, pujaan Mashiro, dan memberitahu mengenai rancangan mereka berdua untuk menjadi mangaka. Sebagai balasannya, Azuki mendedahkan bahawa beliau merancang untuk menjadi pelakon suara. Mashiro mencadangkan bahawa mereka berdua berkahwin apabila Azuki menjadi pelakon suara untuk adaptasi anime manga mereka. Kedua mereka kemudian mula mencipta manga mereka, di bawah nama pena Muto Ashirogi, dengan harapan untuk dijadikan siri manga dalam Mingguan Shonen Jump.

Selepas mengemukakan banyak satu sumbangan kepada Shueisha, Ashirogi bermula dengan siri pertama yang disiarkan dalam Mingguan Shonen Jump, Detective Trap, yang akhirnya dibatalkan kerana popularitinya merosot. Siri berikut mereka adalah manga jenaka, Daihatsu Tanto!, yang mereka tinggalkan setelah menyedari bahawa ia tidak mungkin menjadi popular. Siri semasa mereka, Perfect Crime Party (Pihak Jenayah Sempurna), telah menjadi agak popular tetapi disebabkan temanya, adalah tidak layak untuk siri animasi. Apabila saingan mereka, Eiji Nizuma, mengemukakan satu hantaran untuk disirikan, Ashirogi bersaing dengan mengemukakan Reversi yang menggantikan Perfect Crime Party manakala Eiji berpindah ke majalah bulanan fiksyen Shueisha, Hisshou Jump.

[sunting] Watak-watak

Watak-watak utama
  • Moritaka Mashiro (真城 最高 Mashiro Moritaka?)
  • Akito Takagi (高木 秋人 Takagi Akito?)
Watak-watak pembantu
  • Miho Azuki (亜豆 美保 Azuki Miho?)
  • Kaya Miyoshi (見吉 香耶 Miyoshi Kaya?)
  • Eiji Nīzuma (新妻 エイジ Nīzuma Eiji?)
  • Akira Hattori (明 服部 Hattori Akira?)
  • Iwase Aiko ( Aiko Iwase?)
Lain-lain
  • Shinta Fukuda (福田 真太 Fukuda Shinta?)
  • Kō Aoki (蒼樹 紅 Aoki Kō?)
  • Kazuya Hiramaru (平丸 一也 Hiramaru Kazuya?)
  • Ryū Shizuka (静河 流 Shizuka Ryū?)
  • Takuro Nakai (中井 巧朗 Nakai Takuro?)

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain