Balakong
Koordinat: 3°1′48″U 101°45′0″T / 3.03°U 101.75°T Balakong asalnya ialah sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Balakong. Semasa Rancangan Briggs, sebuah kampung baru dibina dikawasan ini bercampur dengan yang lama, walaupun mendapat bantahan daripada penduduk kampung.
Balakong terletak betul-betul d atas sempadan mukim Kajang dan mukim Cheras.
Isi kandungan |
Muka bumi[sunting]
Muka bumi Balakong tidaklah begitu rata. Asalnya sebuah perkampungan yang dijana oleh bijih timah pada era 1930-an. Bukit Serdang terletak di arah selatan {588 kaki}. Di sebelah kanan ialah bandar Cheras dan di sebelah kiri ialah bandar Serdang Lama. Dahulu ada Inc Kenneth di sebelah kanan tapi kini telah dimajukan dengan taman perumahan Bandar Tun Hussein Onn. Dahulu ada Lombong Mong Fatt Mines.Dulu ada tempat perkemahan pengakap yang dikenali sebagai Kem Saadon Jubir tetapi sekarang kawasan itu berdiri megah kompleks beli belah Jusco dan pasaraya Econsave.
Cara ke sana[sunting]
Jika anda dari Kuala Lumpur menuju ke Seremban melalui Lebuh raya Grand Saga, anda akan berjumpa dengan pusingan bertingkat ke Sungai Long dan ke Balakong. Masuk ke kiri dan ikut kanan dan anda akan temui Balakong yang sedang pesat membangun.Jika anda dari Semenyih,anda boleh melalui Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK)ke Balakong dan jika dari Seremban boleh melalui UPM ke Mines seterusnya ke Balakong.
Lihat juga[sunting]
Sekolah di Balakong[sunting]
- Sekolah Jenis Kebangsaan(Cina) Balakong, Kampung Baru Balakong 43300 Seri Kembangan
- Telefon : 03-89612319, Telefon : 03-89612319
- Nama Guru Besar/ Pengetua: Low Yat Chiew
- Sekolah Kebangsaan Taming Jaya 43300 Balakong
- Nama Guru Besar: En. Mohammad Jaafar Bin Ibrahim
- Telefon : 03-8961 4553, No. fax: 03-8961 4013
- KAFA Integrasi AL-Ehsaniyyah,Jalan Penaga, Taman Impian Ehsan, 43300 Balakong
- No. tel: 03-8961 7746
- Nama Ketua Guru: Ustaz Ibrahim Bin Ab. Rahman
- Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah,Kawasan Perniagaan Taman Desa Ria,43300 Balakong
- No Telefon: 016-221 2648