Balaputradewa
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||
Balaputradewa ialah putera Samaratungga dari Wangsa Sailendra yang menjadi Maharaja Srivijaya sekitar tahun 850-an. Ibunya Dewi Tara adalah puteri kepada Sri Dharmasetu, Maharaja Kerajaan Srivijaya.
Bapanya mangkat pada tahun 833 dan Balaputradewa yang sepatutnya menaiki takhta sebagai pewaris Raja Dinasti Sailendra gagal kerana digulingkan oleh saudara iparnya, Rakai Pikatan dari Wangsa Sanjaya. [1]
Pada tahun 856, Balaputradewa akhirnya ditewaskan oleh Rakai Pikatan dan melarikan diri ke Srivijaya, negeri asal ibunya.