Balistik (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Balistik
Poster keluaran tayangan
PengarahSilver
Lakon layarRosyam Nor
Silver
Cerita olehRosyam Nor
Silver
Dihasilkan olehRosyam Nor
Adrian Teh
DibintangiRosyam Nor
Rita Rudaini
Jack Lim
Adi Putra
Raykarl Iskandar
Zul Ariffin
SinematografiYong Choong Lin
Disunting olehHeng
Syarikat
penerbitan
RK Screen
Asia Tropical Film
Diedarkan olehSkop Production
Tarikh tayangan
9 Januari 2014
Masa tayangan
94 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Kantonis
BajetRM 2.5 Juta[1]
Pecah panggungRM 2.3 Juta[2]

Balistik merupakan sebuah filem aksi jenayah Malaysia 2014 arahan Silver. Ia mengisahkan tentang Saga (Rosyam Nor) yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Saga juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Raykarl Iskandar). Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama. Filem ini telah diayangkan kepada umum pada 9 Januari 2014.[3]

Plot[sunting | sunting sumber]

Saga (Rosyam Nor) merupakan seorang pembunuh upahan. Saga juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar). Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama.

Enam tahun kemudian, Saga sudah pun membina hidupnya dengan aktif dalam dunia gangsterism bersama temannya, Jack (Jack Lim). Rykarl dibesarkan oleh Saga tanpa kasih sayang seorang ibu. Anak kesayangannya yang sudah pun bersekolah tadika itu sangat rapat dengan gurunya, Zira. Keakraban ini akhirnya mewujudkan rasa sayang Zira kepada Saga, ayah Rykarl.

Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Nizam (Adi Putra) yang merupakan rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil. Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh rakan baiknya, Nizam.

Di akhir cerita telah didedahkan bahawa Saga bukannya seorang penjenayah. Sebaliknya dia adalah seorang pegawai kanan polis berpangkat Superintenden yang menyamar sebagai pembunuh upahan untuk menghapuskan kegiatan kongsi gelap. Hal ini terdapat dalam fail rekod peribadi Saga yang mengejutkan Nizam.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rosyam Nor berlakon sebagai Saga di dalam filem ini.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Skrip filem ini telah ditulis oleh Rosyam Nor pada tahun 2009.[4] Majlis pelancaran filem ini telah dilakukan di Holiday Villa, Subang pada 15 Julai 2012. Pada mulanya tajuk filem ini ialah 'Balistik 045' sebelum nombor '045' itu digugurkan. Asalnya, RM 3 juta[5] telah diperuntukkan untuk filem ini tetapi telah berjaya dikurangkan oleh pihak produksi. Sebanyak 1 ribu peluru telah digunakan sepanjang produksi filem ini (bersamaan dengan RM 450 ribu)[6] dengan 5 buah kereta telah diletupkan.Filem ini menjalani penggambaran selama 35 hari termasuk ketika Ramadan di sekitar Kuala Lumpur dan Klang. Filem ini turut menggunakan khidmat pakar aksi lasak profesional dari Hong Kong.[7] Filem ini merupakan filem pertama Rita Rudaini dalam tempoh lima tahun selepas filem terakhirnya iaitu Cinta pada tahun 2006.[8] Ady Putra telah dipantau oleh beberapa orang anggota polis dari Bukit Aman untuk memastikan wataknya sebagai Nizam, seorang pegawai polis dilakonkan dengan betul.[9]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Tayangan perdana filem ini telah diadakan di Cathay Cineplex, eCurve, Mutiara Damansara pada 16 Disember 2013. Video 'The Making Of' telah ditayangkan di TV3 pada 4 Januari 2014. Filem ini telah ditayangkan di 91 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Filem ini berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 1.8 Juta selepas enam hari tayangan.[10] Selepas dua minggu tayangan, filem ini berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 2.3 Juta.[11][12][13]

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah negatif. Casey Lee dari Cinema.com.my mengulas filem ini sebagai Transformers Malaysia.[14] Portal hiburan Murai.com.my mengulas filem ini sebagai filem "hiburan biasa".[15]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

OST untuk filem ini ialah "Balistik Cinta" hasil nyanyian Fiq. Video lagu ini telah dimuatnaik di Youtube pada 27 November 2013.[16]

Kesinambungan[sunting | sunting sumber]

Penerbit dan pelakon utama filem ini, Rosyam Nor mengakui bahawa sekuel filem ini Balistik 2 sedang dalam proses menyiapkan skrip. Filem ini bakal diarahkan oleh pengarah dan barisan pelakon yang sama.[17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wanda Idris (17 Mac 2013). "Kepantasan Balistik". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 19 April 2014.
  2. ^ http://mediahiburan.karangkraf.com/trending/filem-balistik-kutip-rm2-3-juta-1.242342[pautan mati kekal]
  3. ^ Melati Pusaka (25 Januari 2014). "Balistik kisah hidup polis". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-29. Dicapai pada 19 April 2014. Filem ini mendapat sambutan hangat daripada penonton walaupun ketika ini berlakunya kemerosotan hasil kutipan filem-filem tempatan.
  4. ^ http://www.astroawani.com/berita-hiburan/enam-tahun-tersimpan-akhirnya-balistik-difilemkan-28090
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 2015-05-15.
  6. ^ http://www.sinarharian.com.my/hiburan/keunggulan-balistik-1.239417
  7. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 2015-05-15.
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 2015-05-15.
  9. ^ http://www.malaysiandigest.com/hiburan/482154-adi-putra-dipantau-anggota-polis-di-set-balistik.html
  10. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 2015-05-15.
  11. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 2015-05-15.
  12. ^ http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/balistik-kutip-rm2-3-juta-1.242753
  13. ^ http://www.ohbulan.com/top-5-filem-tempatan-paling-laris-2014/
  14. ^ http://www.cinema.com.my/movies/details.aspx?search=2012.8190.balistik.15280
  15. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 2015-05-15.
  16. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 2015-05-15.
  17. ^ http://peraktoday.com.my/2014/04/balistik-balik-modal/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]