Bambang Pamungkas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Bambang Pamungkas
Bambang.gif
Maklumat peribadi
Nama penuh Bambang Pamungkas
Tarikh lahir 10 Jun 1980 (33 tahun)
Tempat lahir Indonesia Salatiga, Jawa Tengah, Indonesia
Tinggi 1.71 m (5 ka 7+516 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini Persija Jakarta
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1999-2000
2000-2001
2001-2004
2005-2006
2007-
Indonesia Persija Jakarta
Belanda EHC Norad
Indonesia Persija Jakarta
Malaysia Selangor
Indonesia Persija Jakarta
30 (24)

96 (52)
42 (39)
00 (13)
Pasukan kebangsaan
1999- Indonesia Indonesia 64 (34)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Bambang Pamungkas (dilahirkan pada 10 Jun 1980 di Salatiga, Jawa Tengah) merupakan pemain bola sepak Indonesia yang berketinggian 171 cm. Beliau pernah bermain di kelab EHC Norad, Selangor dan Persija Jakarta.

Setelah bermain di Belanda, beliau tidak meneruskan kontraknya dan pulang ke Indonesia. Selepas itu Bambang bermain di Liga Malaysia bersama Selangor. Pada tahun pertamanya beliau membantu Selangor merangkul 3 piala iaitu Liga Perdana Malaysia, Piala FA Malaysia serta Piala Malaysia dan menjadi penjaring terbanyak Selangor untuk musim 2005 dengan 24 gol dari 24 perlawanan liga.

Kejayaan Bambang di Malaysia membuka pintu buat pemain-pemain dari Indonesia beraksi di Liga Malaysia.

Pada musim 2005/06, Bambang dilihat kurang menyinar seperti musim sebelumnya. Lebih teruk, Selangor yang baru dinaikkan ke Liga Super gagal memenangi sebarang piala dan Selangor memutuskan untuk melepaskannya. Bambang kemudian kembali beraksi bersama Persija Jakarta.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]