Daerah Bandar Baharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bandar Bahru)
Daerah Bandar Baharu
Lokasi Daerah Bandar Baharu di Kedah
Lokasi Daerah Bandar Baharu di Kedah
Daerah Bandar Baharu is located in Bumi
Daerah Bandar Baharu
Daerah Bandar Baharu (Bumi)
Koordinat: 5°10′N 100°35′E / 5.167°N 100.583°E / 5.167; 100.583Koordinat: 5°10′N 100°35′E / 5.167°N 100.583°E / 5.167; 100.583
Negara Malaysia
Negeri Kedah
PusatSerdang
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Bandar Baharu
Pentadbiran
 • Pegawai daerahNA
Keluasan
 • Jumlah271.27 km2 (104.74 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah44,412
 • Kepadatan160/km2 (420/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8
Poskod
098xx
Kod panggilan+6-04
Nombor plat kenderaanK

Bandar Baharu merupakan daerah yang terletak di Kedah, Malaysia. Daerah ini terletak di selatan negeri Kedah dan berkeluasan 271 kilometer persegi. Daerah ini bersempadan dengan daerah Kulim di utara, negeri Pulau Pinang di barat dan Perak di tenggara. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Serdang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Daerah Bandar Baharu dikatakan dahulunya dikenali sebagai Pengkalan Haji Ali. Haji Ali merupakan seorang beretnik Rao dan kaya. Pada mulanya, Pengkalan Haji Ali tidak mempunyai pegawai daerah. Kawasan ini ditadbir oleh seorang penghulu. Penghulu yang pertama ialah Penghulu Ahmad yang bertugas di kawasan Bagan Samak. Semasa beliau mentadbir kawasan tersebut, beliau telah mati ditembak oleh orang yang tidak dikenali. Selepas peristiwa itu, Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Hamid merancang untuk datang ke Pengkalan Haji Ali. Namun, baginda tidak dapat datang atas sebab-sebab tertentu dan mengarahkan Tengku Sulong menggantikan tempat baginda. Selepas kedatangan Tengku Sulong, baginda telah mengubah Pengkalan Haji Ali kepada Jajahan Bandar Baharu.[2]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Bandar Baharu dibahagikan kepada tujuh buah mukim yang merangkumi beberapa buah bandar dan pekan;

Peta daerah Bandar Baharu

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1991 33,006—    
2000 37,963+15.0%
2010 41,352+8.9%
2020 44,412+7.4%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Bandar Baharu ialah seramai 44,412 orang dengan kepadatan penduduk 164 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Bandar Baharu merupakan Bumiputera, dengan peratusan 84 peratus daripada jumlah penduduk.[3]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[3]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Bumiputera 36,271
Cina 4,141
India 2,611
Lain-lain 84
Bukan warganegara - 1,305
Jumlah 44,412

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Bandar Baharu. Terdapat sebanyak 29 buah sekolah di daerah ini. Daerah Bandar Baharu juga mempunyai tiga buah balai polis, sebuah balai bomba, beberapa klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.[3]

Lebuh raya dan jalan utama[sunting | sunting sumber]

  1. Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara (E1): Persimpangan Bandar Baharu-Serdang-Parit Buntar
  2. Lebuhraya Jelas : Persimpangan Serdang (Perancangan)
  3. Lebuhraya Kedah Selatan : Persimpangan Serdang (Perancangan)
  4. Jalan Serdang-Kulim (136)-(K802)-(136)
  5. Jalan Serdang-Selama-Taiping (K7)-(A115)-(A6)
  6. Jalan Serdang-Parit Buntar (136)-(1)
  7. Jalan Serdang-Sungai Kecil Hilir-Relau
Dewan Undangan Negeri Ahli Dewan Undangan Negeri Parti
Bandar Baharu Norsabrina Mohd Nor BN-UMNO

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Bandar Baharu - Mengenai Kami". pdbb.kedah.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 2017-11-26.
  2. ^ "ASAL USUL DAERAH BANDAR BAHARU". bandarbaharu.pjk.com.my. Dicapai pada 17 Disember 2023.
  3. ^ a b c "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.