Bandar Jasin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandar Jasin
Lambang Melaka.png
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Melaka
Daerah Daerah Jasin
Mukim Bandar Jasin
Keluasan N/A

Bandar Jasin merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Melaka.

Melaka dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).

Bandar Jasin ialah sebuah bandar yang terletak di dalam daerah Jasin, Melaka.

Sungai Kesang mengalir melalui tengah-tengah pusat bandar Jasin dan bersambung sehingga ke Muar, Johor. Sungai ini memisahkan kawasan bandar baru daripada pusat bandar lama.

Bandar Jasin ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Jasin 1, Jasin 2, Jasin 3.

Pusat bandar lama (Jasin 1) terdiri daripada deretan rumah-kedai dua tingkat binaan tahun 1920-an. Perniagaan dijalankan di tingkat bawah manakala pemilik tinggal di tingkat atasnya.

Bangunan-bangunan komersil baru pula dibina di kawasan bandar baru Jasin dan Jambatan Dato' Senara menghubungkan bandar baru ini dengan bandar lama.


Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Bandar Jasin merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Melaka, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentakbiran Daerah Jasin.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]