Bandar Kinrara, Puchong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bandar Kinrara ialah sebuah perbandaran terancang yang dilancarkan oleh pemaju Island & Peninsular Berhad pada tahun 1991. Terletak di antara Puchong dan Kuala Lumpur di daerah Petaling, Selangor, Malaysia, perbandaran ini mudah didatangi melalui Jalan-jalan Raya Ekspres Bukit Jalil dan LDP. Luasnya 1,904 ekar.

Masih dalam pembangunan, Bandar Kinrara yang telah siap 80% menjelang bulan November 2007 memiliki balapan golf 18-lubang serta kelab sukan tersendiri. Ia juga merupakan perbandaran yang pertama di Malaysia untuk memiliki sebuah pic kriket antarabangsa. Perbandaran ini kini memiliki enam buah sekolah, sebuah masjid, sebuah barung petrol, kedai-kedai dan kawasan gerai makanan. Pembangunan masa hadapan merangkumi lebih banyak sekolah dan kedai, serta juga sebuah balai polis dan pusat kesihatan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]