Puchong Jaya, Puchong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bandar Puchong Jaya)
Lompat ke: pandu arah, cari
Pekan Puchong Jaya
Jata-Selangor.jpg
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Selangor
Daerah Daerah Petaling
Mukim Pekan Puchong Jaya
Keluasan N/A

Bandar Puchong Jaya merupakan sebuah mukim dan bandar satelit moden di daerah Petaling, Selangor.

Puchong Jaya adalah antara kawasan yang terawal dibina di Puchong, sejak tahun 1990. Dengan berkembang seluas hampir 1,000 ekar, pembangunan ini menghasilkan satu campuran 12,000 unit kawasan perumahan, kawasan perdagangan, dan kawasan industri. Bandar IOI mempunyai kompleks membeli belah IOI Mall, IOI Business Park, pusat komersil IOI Square, dan sebuah kolej swasta. Terdapat juga lebuh raya seperti Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), dan Lebuhraya Puchong-Sungai Besi.

Hampir 90 % penduduknya adalah berbangsa Cina. Terdapat beberapa sekolah di perbandaran ini, antaranya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ladang Harcroft, Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya dan Sekolah Menengah Puchong Jaya. Puchong Jaya juga dikenali sebagai hab kepada pusat bandar di Puchong. Hampir 90% bank-bank di Malaysia membuka cawangan mereka di sini.[perlu rujukan]