Bandar Putra Permai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bandar Putra Permai ialah sebuah bandar baru yang pesat membangun di Seri Kembangan Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Bandar Putra Permai merangkumi kawasan dari Desaminium, Taman Equine, Lestari Mansion, Taman Dato Demang, Taman Suria Tropika, Taman Lestari Perdana, Pelangi Homes, Taman Pinggiran Putra, Kota Perdana, Paragon 129 dan Taman Lestari Putra (bersebelahan Saujana Puchong). Bandar Putra Permai terletak berdekatan dengan pekan Seri Kembangan , Putrajaya dan Puchong. Majoriti penduduk di sini berbangsa Cina pada asalnya, namun kini semakin ramai bangsa Melayu yang tinggal di sini.

Isi kandungan

Lokasi [sunting]

Kawasan Bandar Putra Permai , Seri Kembangan terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Kawasan ini terletak berdekatan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya , Bandar Kinrara, Sepang , Cyberjaya, Kajang, Puchong dan lebih kurang 27 km dari Bandaraya Kuala Lumpur.

Fungsi [sunting]

Seri Kembangan dijadikan pusat perniagaan kerana terdapat pelbagai kompleks membeli-belah seperti Mines Shopping Fair, Jusco Taman Equine, Giant Seri Kembangan dan South City Plaza. Selain itu, ia menjadi pusat pendidikan dengan tertubuhnya Sekolah Antarabangsa Malaysia Australia (AISM) di Jalan Anggerik, The MINES Resort City. Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Alice Smith School juga terletak di sini. Saban tahun, penganjuran pameran pertanian MAHA oleh Kementerian Asas Tani dan Industri telah menarik ramai pengunjung sekaligus mempopularkan Seri Kembangan.

Kemudahan awam [sunting]

Terdapat pelbagai cara untuk pergi ke sini. Antaranya ialah melalui bas Rapid KL dan juga boleh turun di Stesen Komuter Serdang. Pembinaan lebuh raya dapat mempercepatkan pejalanan ke sini di samping dapat menghubungkan ke bandar-bandar lain seperti Puchong, Kajang dan Putrajaya.

Bandar Putra Permai merupakan sebuah bandar masa depan yang serba lengkap dengan kemudahan perbankan, perniagaan dan perkhidmatan. Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang terletak di sini.

Tempat menarik [sunting]

Rujukan [sunting]

Pautan luar [sunting]