Bandar Stargate
Bandar Stargate merupakan sebuah bandar baru yang terletak berhampiran Tandop dan terletak di Jalan Plaza Tol, Alor Setar. Pembangunan ini dijalankan oleh syarikat YIKED-DXN Stargate Sendirian Berhad,[1] iaitu merupakan usaha sama DXN Holdings Berhad dan Yayasan Islam Kedah (YIKED).[2]
Projek ini didirikan di tanah seluas 124 hektar. Projek bandar baru ini menyasarkan pembinaan sebanyak 319 buah unit kedai, 1336 buah rumah, dan pangsapuri kos rendah sebanyak 500 buah kediaman.[2] Dijalankan dalam lima fasa, projek pembinaan dimulakan pada tahun 2007 dan dijangka siap pada tahun 2014.[1]
Selain itu sebuah pasar raya besar Tesco yang diberi nama Stargate turut didirikan di sini dengan kos sebanyak RM50 juta.Selain itu, kampus sementera Kolej Universiti INSANIAH juga turut beroperasi disini .[3]
Rujukan[sunting]
- ↑ 1.0 1.1 (Inggeris) "Our Profile". http://www.stargate.net.my/our_profile.php. Capaian 1 Februari 2011.
- ↑ 2.0 2.1 (Inggeris) "RM504m project to transform Alor Star". http://findarticles.com/p/news-articles/new-straits-times/mi_8016/is_20060729/rm504m-project-transform-alor-star/ai_n44335159/. Capaian 1 Februari 2011.
- ↑ (Inggeris) "Tesco plans 3 more stores in Penang, Kedah". http://www.investpenang.gov.my/portal/component/content/article/1-latest-news/1561-tesco-plans-3-more-stores-in-penang-kedah.html. Capaian 1 Februari 2011.