Bandar Tasik Kesuma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bandar Tasik Kesuma atau Kesuma Lake merupakan kawasan perumahan baru ,sejak 2001. Terletak di antara Semenyih dengan Beranang. Terletak kira-kira 13 km dari Kajang dan 5 km dari bandar Semenyih.

Cara ke sana[sunting | sunting sumber]

Dari arah Kajang, dapatkan laluan menghala ke Seremban melalui jalan lama. Disepanjang laluan anda itu nanti akan kelihatan beberapa taman dan kawasan perumahan sebelum sampai ke pekan Semenyih. Antara taman-taman tersebut adalah Taman Aik Ann, Taman Sunway Semenyih disebelah kiri anda. Terdapat sebuah stesen jambatan timbang JPJ lebih kurang 2km sebelum menghampiri pekan Semenyih di sebelah kanan. Selepas melalui pekan Semenyih, terdapat persimpangan ke Kuala Klawang, Semenyih Sentral dan Broga diikuti dengan 2 kawasan perumahan besar iaitu Bandar Pelangi Semenyih dan Bandar Rinching. Lebih kurang 1 minit melintasi 2 kawasan perumahan tersebut, anda akan berada di kawasan Bandar Tasik Kesuma.

Kini, sebuah lagi laluan pintasan Semenyih melalui Lebuhraya LEKAS terus memasuki kawasan Setia Eco Hill dan seterusnya bersambung dengan Eco Majestic. Kawasan perumahan Eco Majestic adalah berjiran dengan Fasa 7, Bandar Tasik Kesuma. Laluan pintasan Semenyih ini telah dapat mengurangkan kesesakan lalu-lintas yang teruk di pekan Semenyih. Ini adalah kerana kawasan Semenyih telah mengalami arus pembangunan secara mendadak dengan kemunculan kawasan-kawasan perumahan baru seperti Pelangi Semenyih, Pelangi Semenyih 2 dan Semenyih Parklands.

Tasik Kesuma[sunting | sunting sumber]

Berlatarbelakangkan tasik sebagai landskap utama, Bandar Tasik Kesuma begitu menyegarkan apabila dilihat pada awal pagi ketika matahari mula terbit.

Terdapat beberapa wakaf yang telah dibina bagi merehatkan badan setelah penat beriadah dipersekitaran tasik. Terdapat juga trek jogging yang luas disekeliling tasik beserta taman permainan kanak-kanak. Kawasan yang berhampiran dengan tasik ini adalah lot-lot bungalow yang masih belum diduduki. Suasana penuh ketenangan dapat disaksikan pada awal pagi diikuti dengan suasana penuh kegirangan ketika petang dengan kehadiran mereka yang membawa keluarga beriadah di kawasan persekitaran tasik.


Taman perumahan ini diberi nama Bandar Tasik Kesuma kerana mempunyai beberapa tasik rekrasi untuk melakukan beberapa aktiviti yang boleh mengisi masa lapang dan waktu riadah pada waktu petang. Tasik ini juga dilengkapi dengan permainan kanak-kanak,trek joging dan kerusi-kerusi batu di sekeliling tasik. Selain itu, terdapat juga proses penambahan taman-taman perumahan yang juga dikenali sebagai "Fasa" sedang giat dijalankan pada waktu ini. Setakat ini, binaan rumah yang sudah siap seperti banglo,teres,apartmant dan semi D dan binaan dan yang paling banyak ialah teres. Terdapat beberapa penambahan fasa baharu dan sudah dihuni oleh masyarakat setempat. Setakat ini, Bandar Tasik Kesuma sudah mempunyai 10 buat fasa. Di sini juga mempunyai banyak lagi kawasan tanah lapang dan terbiar dan tiada usaha untuk dibangungkan. Selain itu, setiap fasa di sini sudah mempunyai surau untuk kemudahan bagi masyarakat setempat beragama Islam manakala tempat ibadat bagi agama lain juga dibina bagi mengekalkan perpaduan kaum disini. Tidak dilupakan juga pendidikan bagi masyarakat setempat, terdapat beberapa sekolah iaitu SK BANDAR TASIK KESUMA,SMK BANDAR TASIK KESUMA. Selain itu, terdapat juga beberapa sekolah agama disini misalnya Sekolah Tahfiz dan Pasti, terdapat juga kolej disini misalnya Kolej Mara Beranang dan MARA Japan Institut, terdapat juga tadika yang supaya memberikan didikan awal kepada kanak-kanak di sini misalnya Sekolah Tadika Bandar Tasik Kesuma.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]