Bandar Tun Abdul Razak, Keratong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bandar Tun Abdul Razak (tidak boleh dikelirukan dengan Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur) ialah sebuah pekan yang terletak di barat Rompin, Pahang. Bandar ini terletak kira-kira 27 km dari Bandar Muadzam Shah dan 127 km dari Kuantan, ibu negeri Pahang. Bandar ini terletak di kawasan yang strategik antara Johor Bahru dan Kuantan, yang mana Lebuhraya Tun Razak menjadi laluan utama yang menghubungkan kedua-dua bandar tersebut.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bandar Tun Abdul Razak telah dibuka pada 1979 dan pada awalnya, bandar ini dikenali sebagai Bandar 22 mengikut perancangan kerajaan untuk menamakan kawasan di sekitar tenggara Pahang yang akan berfungsi menjadi pusat pentadbiran tempatan dan ekonomi menggunakan nombor buat sementara waktu. Setelah ia memiliki potensi untuk dijadikan sebagai bandar, maka kerajaan menukarkan nama bandar dari nombor kepada nama yang lebih khusus.

Petempatan[sunting | sunting sumber]

Bandar Tun Abdul Razak dikelilingi kawasan FELDA. Pada permulaannya, terdapat 2500 keluarga tinggal di kawasan FELDA, kebanyakannya kaum Melayu dan terdapat sejumlah kecil bagi kaum India, Cina, dan Orang Asli. Terdapat lima kawasan FELDA di Bandar Tun Abdul Razak yang melibatkan:

Di samping itu, terdapat juga perkampungan Orang Asli yang terletak berhampiran Bandar Tun Abdul Razak seperti Kg Rekoh dan Bukit Serok; dan juga mempunyai kediaman penanaman minyak kelapa seperti Melati, Kg Aur, Ladang Bukt Berembun dan sebagainya.

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Walaupun Bandar Tun Abdul Razak hanyalah sebuah pekan, infrastruktur di bandar ini sebenarnya lengkap. Terdapat bangunan pejabat pos, balai polis, klinik perubatan, kedai, stesen bas, masjid, bank, dan juga dewan serbaguna. Setiap kawasan FELDA juga memiliki kedai sendiri, sekolah, dan masjid.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sekolah rendah:

  • SK Bandar Melati
  • SK Bandar Tun Abdul Razak
  • SK Bukit Serok
  • SK Felda Keratong 1
  • SK Felda Keratong 2
  • SK Felda Keratong 3
  • SK Felda Keratong 4 & 5

Seolah menengah:

  • SMK Keratong
  • SMK Bandar Tun Abdul Razak
  • SMA Al-Hasanah